Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangSingkatan, akronim dan inisialisme ialah bentuk ringkas bagi mewakili satu atau lebih perkataan. Bentuk yang ringkas itu menjadi pilihan pihak tertentu atau masyarakat umum kerana lebih mudah ditulis, disebut dan diingat oleh para pengguna bahasa.
Singkatan berkaitan dengan bentuk ringkas bagi satu perkataan atau lebih, manakala akronim melibatkan pembentukan satu kata melalui pencantuman bahagian kata daripada dua perkataan atau lebih. Singkatan tidak bertaraf kata tetapi akronim bertaraf kata tunggal. Sila lihat contoh singkatan yang berikut:
Profesor (Prof.), Yang Berusaha (YBrs.)
Akronim ialah kata tunggal yang terhasil dengan menggabungkan bahagian kata daripada dua perkataan atau lebih. Setiap akronim harus mempunyai vokal pembunyi, dan akronim dianggap sebagai kata tunggal. Dalam hal ini, akronim terbahagi kepada beberapa jenis, seperti yang berikut:
Contohnya ialah ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), IPTAR (Institut Penyiaran Tun Abdul Razak) dan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia), RAM (Random Access Memory) pada komputer, dan kad SIM (subscriber identification module).
Contohnya ialah Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), Intan (Institut Tadbiran Awam Negara) dan Mara (Majlis Amanah Rakyat).
Contohnya ialah Bernama (Berita Nasional Malaysia), Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial), pawagam (panggung wayang gambar), dan cerpen (cerita pendek).
Contohnya ialah asbut (asap kabut), hakis (habis kikis), jentolak (jentera tolak) dan jenama (jenis nama).
Contohnya ialah CD-ROM, iaitu campuran singkatan CD (compact disk) dan ROM (Read-only memory).
Inisialisme merupakan singkatan yang terhasil dengan menggabungkan huruf awal setiap kata dalam sesuatu kata majmuk. Dalam hal ini, terdapat pelbagai jenis inisialisme, seperti yang berikut:
Contohnya ialah SOP (Standard Operating Procedure), EPU (Economic Planning Unit), UM (Universiti Malaya) dan BAM (Badminton Association of Malaysia).
Contohnya ialah PWTC (Putera World Trade Centre), PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar).
Ada bentuk ringkas yang ada vokal pembunyi, tetapi mempunyai dua variasi sebutan. Jika disebut huruf demi huruf, bentuk itu ialah inisialisme. Namun demikian, jika disebut sebagai satu kata, bentuk itu ialah akronim. Contohnya ialah MAS (Malaysian Airline System).
Biasanya akronim nama khas dan inisialisme tidak dapat ditambah imbuhan. Walau bagaimanapun, akronim dan inisialisme itu dapat wujud dalam kata majmuk. Sila lihat contoh yang berikut:
Contohnya ialah penerbangan MAS, Pasar Tani Felda, Maktab Rendah Sains Mara, dan peneroka Felda.
Contohnya ialah Setiausaha Agung PBB, pelaksanaan GST, ahli FAM, dan kajian EPU.
Sesetengah akronim nama am dapat ditambah imbuhan. Sila lihat contoh yang berikut:
debunga: mendebungakan, pendebungaan, terdebunga
jenama: berjenama, menjenamakan, penjenamaan
hakis: menghakis, terhakis, hakisan, penghakisan
purata: memutarakan, pemutaraan
Dalam hal pembentukan singkatan atau akronim, kata hubung atau gandaan dalam deretan kata yang berkenaan tidak diambil kira. Sila lihat contoh yang berikut:
Dewan Bahasa dan Pustaka: DBP
Pegawai Tadbir dan Diplomatik: PTD
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Perhilitan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB
Ada akronim atau inisialisme yang dapat digandingkan dengan kata ganti nama diri orang ketiga -nya. Sila lihat contoh yang berikut: