5 Oktober 2023, 08:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kundasang Program Kuiz Bahasa bersempena dengan Festival Seni dan Alam (FESA), anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS) telah dilaksanakan pada 4 Oktober 2023 di Pentas Utama, Pekan Kundasang, Sabah. Program ini bertujuan memupuk semangat cinta akan bahasa Melayu dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang berkualiti dalam kalangan pelajar sekolah rendah melalui permainan bahasa seperti Sahibba, Pintar Bahasa dan Pantas Jawi.

Sebanyak 30 orang pelajar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Kauluan, Sekolah Rendah Kebangsaan Don Bosco, Sekolah Rendah Kebangsaan Kundasang, Sekolah Rendah Kebangsaan Kinasaraban dan Sekolah Rendah Kebangsaan Pahu Himbaan telah menyertai aktiviti Pintar Bahasa yang menguji kefahaman pelajar mengenai penggunaan tatabahasa, peribahasa, perumpamaan dan pantun.

Dalam aktiviti tersebut, setiap peserta perlu menjawab setiap soalan yang diberikan dengan pantas dan betul. Sekolah Rendah Kebangsaan Don Bosco telah mendapat markah tertinggi dan menjuarai permainan ini.

Permainan Sahibba pula menguji keupayaan pelajar membina perkataan daripada huruf-huruf yang disediakan oleh urus setia. Peserta yang membina perkataan yang paling banyak selepas lima pusingan akan menjadi juara permainan ini.

Sekolah Rendah Kebangsaan Bundu Tuhan, Sekolah Rendah Kebangsaan Kauluan, Sekolah Rendah Kebangsaan Tagudon Lama dan Sekolah Rendah Kebangsaan Mesilou telah menghantar 20 orang pelajar untuk menyertai permainan ini. Juara pertandingan ini ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Bundu Tuhan.

Semua pelajar yang terlibat dengan aktiviti Pintar Bahasa dan Sahibba turut menyertai aktiviti Pantas Jawi. Peserta yang dapat mengeja perkataan dalam tulisan Jawi dengan betul akan mendapat hadiah sagu hati berupa buku terbitan DBP.

Program ini dikendalikan oleh Puan Norhafiza Ibrahim (Ketua Pusat Dokumentasi Melayu) dan dibantu oleh Encik Asrar Abdul Latif, Puan Nur Fatin Syahirah Mubarak, Encik Ahmad Fazly Sahar dan Puan Erani Abdullah.

Taklimat aktivit Pintar Bahasa oleh Encik Ahmad Fazly Sahar, Perancang Bahasa, DBPCS.
Para peserta aktiviti Pintar Bahasa sedang menjawab soalan.
Para peserta Sahibba sedang membina perkataan.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.