7 Februari 2024, 15:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Muar – Dalam Belanjawan 2024, agenda pendigitalan pendidikan dalam sistem pendidikan negara telah diberikan tumpuan khusus oleh YB Fadhlina Sidek, selaku Menteri Pendidikan. Sehubungan dengan itu, mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kampus Pagoh telah merealisasikan usaha pendigitalan pendidikan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi murid Orang Asli (OA) di Sekolah Kebangsaan Kampong Bahru, Lenga, Muar, Johor.

Menurut Nur Anis Afiqah Shah Rizal, iaitu Ketua Program Pendigitalan Pendidikan, program ini bertujuan mewujudkan barisan pendidik serta murid yang kreatif dan inovatif sejajar dengan keperluan zaman dan seiring dengan kehendak Revolusi Industri 4.0.

Pelaksanaan pendigitalan ini juga berdasarkan kelemahan yang telah dikenal pasti bagi murid Tahun 3, 4 dan 5, iaitu dari aspek tatabahasa, penulisan dan membaca. Sebanyak 15 orang murid turut serta dalam usaha mendedahkan mereka kepada pendigitalan pendidikan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Hasil daripada penggunaan pendigitalan sebagai alat bantuan mengajar ini bukan sahaja dapat meningkatkan penguasaan tatabahasa, penulisan dan membaca dalam kalangan murid OA, bahkan dapat menjadikan pembelajaran Bahasa Melayu lebih menarik berbanding dengan menggunakan buku fizikal.

 

Dr. Azean Idruwani Idrus dan mahasiswa UIA Kampus Pagoh bergambar bersama-sama murid OA SK Kampong Bahru, Lenga, Muar, Johor.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.