9 Mei 2024, 15:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pagoh – Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) memainkan peranan yang penting dalam menyediakan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Sejajar dengan kemajuan teknologi, maka penting bagi PASTI untuk memastikan kanak-kanak tersebut dilengkapi dengan ilmu literasi digital.

Sehubungan dengan itu, mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pagoh mengambil langkah proaktif memperkenal dan mengajar literasi digital bahasa Melayu kepada kanak-kanak menggunakan kaedah bermain dan berinteraktif, seterusnya memahami konsep asas bahasa Melayu melalui penggunaan aplikasi digital ini di PASTI Al Hakim, Pagoh Jaya, Muar, Johor.

Menurut Yasmin Suraya Shamsuri, iaitu Ketua Program Literasi Digital, kerjasama ini bertujuan meningkatkan literasi digital dalam kalangan kanak-kanak dalam mempersiapkan mereka menuju dunia digitalisasi.

Usaha ini disambut baik oleh Puan Nurzamira Zuraini, iaitu guru Bahasa Melayu. Menurut beliau, dengan pendekatan yang holistik dan kolaboratif, PASTI mampu menjadi peneraju dalam menyediakan pendidikan awal yang berkualiti dalam era digital.

Mahasiswa UIAM, Kampus Pagoh bergambar bersama-sama kanak-kanak PASTI Al Hakim, Pagoh.
Penerangan tentang penggunaan Modul Digital Literasi oleh mahasiswa UIAM kepada kanak-kanak PASTI Al Hakim, Pagoh.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.