Diterbitkan pada 20 Mei 2024, 14:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Muar – Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pagoh telah memperkenalkan modul digital untuk Sekolah Kebangsaan Kota Raja, Panchor, Muar sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperkuat literasi digital dalam kalangan pelajar.

Modul ini bertujuan memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran digital yang penting dalam era teknologi masa ini.

Menurut Nursyazan Zahari, iaitu Ketua Program Modul Digital Bahasa Melayu, inisiatif ini seiring dengan perancangan Kementerian Pendidikan Malaysia yang juga memperkenalkan kurikulum baharu yang mencakupi elemen kecerdasan buatan (AI).

Sementara itu, Cikgu Norbat turut mengungkapkan penghargaannya kerana sekolahnya dipilih untuk program Pengenalan Modul Digital ini. Beliau berkata;

Usaha ini bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti pendidikan, tetapi juga membekalkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran masa depan. Selain itu, modul ini memberikan manfaat kepada guru dengan menyediakan alat-alat untuk mencipta bahan pengajaran yang lebih efektif dan berkesan.

Penyampaian hadiah kepada pemenang Kuiz Modul Digital Bahasa Melayu.
Penyampaian cenderamata penghargaan kepada pihak sekolah oleh Encik Nursyazan Zahari.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi