Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangPagoh – Pemerkasaan digital untuk masyarakat Orang Asli kini menjadi fokus utama kerajaan Malaysia. Seiring dengan usaha kerajaan melalui Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela), pihak Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Kampus Pagoh mengambil inisiatif untuk menyediakan program pendidikan teknologi kepada komuniti ini.
Program ini melibatkan pelajar daripada Program Usrah in Action 2 yang bertujuan untuk mendedahkan konsep pembelajaran digital bahasa Melayu kepada pelajar Orang Asli dan juga penjaga mereka. Melalui program ini, pelajar Orang Asli dan penjaga didedahkan tentang cara menggunakan alat digital dan aplikasi pembelajaran secara dalam talian.
Menurut Ketua Program Usrah in Action 2, Puan Soima Khayrin Khalid, program ini bertujuan memastikan masyarakat Orang Asli, terutamanya pelajar dan penjaga dapat memanfaatkan teknologi untuk pendidikan, khususnya dalam bahasa Melayu. Jelas beliau;
Melalui usaha pemerkasaan digital bagi masyarakat Orang Asli ini diharapkan dapat memberikan mereka peluang yang lebih luas dalam bidang pendidikan seterusnya memastikan mereka tidak ketinggalan dalam era teknologi yang semakin berkembang pesat.