Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangPagoh – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari (KSTCL) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pagoh, semalam.
Majlis perasmian yang diadakan dengan penuh gemilang ini turut dihadiri oleh pelbagai tetamu kehormat termasuklah para akademik, pegawai kerajaan dan para pelajar.
Penjenamaan semula KLM kepada KSTCL pada bulan Mac 2024 oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi turut diluluskan dalam Mesyuarat Senat UIAM, serta Mesyuarat Ahli Lembaga Gabenor UIAM.
Kulliyyah yang ditubuhkan pada tahun 2012 ini bukan sahaja bermatlamat untuk melahirkan graduan yang berdaya saing dalam industri pelancongan, tetapi juga bertujuan memperluas dan memperdalam pengajian bahasa-bahasa utama dunia seperti bahasa Melayu, bahasa Arab, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, dan sebagainya.
Pengurus Program, YBrs. Dr. Mohamad Suhaizi Suhaimi menyatakan;
Perasmian Kulliyyah ini merupakan manifestasi komitmen kerajaan dan universiti untuk terus memajukan sektor pendidikan, terutamanya dalam bidang pelancongan dan bahasa. Kita percaya, dengan kemudahan yang canggih dan tenaga pengajar yang berkualiti, UIAM akan terus melahirkan graduan yang bukan sahaja berpengetahuan tinggi tetapi juga berakhlak mulia.