14 Jun 2024, 11:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pagoh  Program pendidikan inovatif “Jom Celik Membaca 2.0” telah berjaya membolot empat anugerah dalam Simposium Usrah in Action 2 yang diadakan pada 13 Jun 2024 yang bertempat di Dewan Auditorium Edu Hub Pagoh.

Empat anugerah yang dimenangi tersebut ialah Anugerah Emas Jom Celik Membaca 2.0, Anugerah Interaktif Reruai, ⁠Anugerah Projek Paling Berimpak dan Anugerah Projek Paling Mampan.

Menurut Ketua Pasukan Program Jom Celik Membaca 2.0, YBrs. Dr. Nora Azian Nahar, program ini bermatlamat untuk memastikan setiap pelajar dapat menguasai kemahiran asas membaca dan menulis.

Tambah beliau, literasi merupakan asas kepada pembelajaran dan pembangunan diri, dan tanpa literasi yang kuat, sukar bagi seseorang individu untuk mencapai potensi penuh mereka dalam kehidupan akademik dan profesional.

Penyampaian sijil kemenangan anugerah emas kepada pemenang.

Simposium Usrah in Action 2 ini telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Dr. Zainal Abidin Sanusi, Pengarah Pusat Kelestarian dan Kemanusiaan Sejahtera, Universiti Islam Antarabangsa. 

Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau menekankan tentang peranan universiti yang bukan sahaja mendidik dan melahirkan graduan yang cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga berperanan aktif dalam masyarakat.

Sementara itu, program ini berpotensi untuk membawa perubahan yang signifikan dalam budaya membaca di Malaysia, membentuk generasi yang lebih berilmu, berpengetahuan dan bersedia menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Pembentangan projek Usrah in Action oleh pelajar.

 

Hakim memberikan komen kepada peserta.

 

 

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.