Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangShah Alam – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong berjaya mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara dalam Pesta Pantun Sekolah Menengah Peringkat Daerah Petaling Perdana Selangor Tahun 2024.
Pertandingan anjuran Jabatan Pendidikan Daerah Petaling Perdana dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam ini berlangsung dengan jayanya di sekolah tersebut, semalam.
Pasukan ini diwakili oleh Muhammad Adib Arrayan, Alya Izzati, Megat Muhammad Irfan, Nurul Adlina dan Alysha Damia yang telah dilatih oleh jurulatih pasukan, Encik Hariri dan dibimbing oleh Cikgu Norlidah, Cikgu Zanariah dan Cikgu Faizah.
Pada peringkat akhir, pasukan SMK Bukit Jelutong menewaskan pasukan pemantun dari Sekolah Menengah Agama Bestari yang cukup memberikan saingan yang hebat. Pertandingan pada kali ini juga dijalankan serentak dengan pertandingan peringkat sekolah rendah dan telah selesai pada hari yang sama.
Lebih manis lagi, pasukan ini juga merangkul dua anugerah yang dipertandingkan, iaitu Anugerah Keterampilan Terbaik dan Pemantun Terbaik yang dimenangi oleh Megat Muhammad Irfan.
Pasukan yang akan mewakili daerah Petaling Perdana ke peringkat negeri Selangor yang akan diadakan pada bulan Ogos nanti ingin mempertahankan kejuaraan pada peringkat negeri pada tahun ini sebagaimana yang telah dilakukan pada tahun 2023 dan 2021.
