Oleh NABIL MALEK
10 November 2024, 09:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Ipoh – Pertandingan Pidato Perak Sejahtera Piala YAB Menteri Besar Perak dilihat sebagai medan terbaik bagi mencungkil bakat muda, khususnya dalam kalangan anak muda negeri Perak.

SMK Malim Nawar,  johan pidato kategori menengah atas.

Menariknya pada tahun ini, buat julung kalinya, pertandingan pidato bagi peringkat pelajar sekolah diadakan dalam bentuk bergandingan atau duo, yang melibatkan 66 orang pelajar daripada kategori sekolah rendah, menengah rendah, dan menengah atas.

Johan pidato kategori sekolah rendah.

Selain itu, pertandingan yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 8 November yang lalu itu telah memberikan ruang kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan seramai 22 orang peserta dari 13 IPT bertanding secara individu dengan mempersembahkan pidato serta menampilkan satu minit pidato spontan.

Pemenang pidato kategori menengah rendah.

Bagi kategori IPT, juara berjaya dirangkul oleh Muhammad Aidil Ahmad Marzuki dari Kolej Matrikulasi Perak, diikuti tempat kedua dimenangi oleh Roselind Nadiera Marzuki Talib dari Universiti Sultan Azlan Shah, dan tempat ketiga dimenangi oleh Ainnur Najiha Mohd Sha’ari dari Universiti Kuala Lumpur, Ipoh.

Bagi kategori menengah atas pula, johan dimenangi oleh Mohamad Ayris Hejril Ahmad Hazlizul dan Amira Ariesya Azmin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim Nawar, manakala johan dimenangi oleh Imanina Syahmina Hamizul Asri dan Maizatul Nur Awatif Yusof dari SMK Convent Teluk Intan, dan tempat ketiga dimenangi oleh Sharifah Izzah Nabihah Sayed Khairul Mizlan dan Aisyah Mohd Fakhizan dari SMK Seri Iskandar.

Bagi kategori menengah rendah, johan diraih oleh Nur Elyana Elisya Nor Haslan dan Nor Aiman Danish Nor Haslan, masing-masing dari SMK Taman Jati dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, diikuti oleh Ahmad Danieal Hardi dan Nur Futisha Maisarah Rohizad dari SMK Dato’ Kamaruddin serta Damia Batrisya Al Amin dan Erlyn Haslinda Mat Rosli dari SMK Sultan Abdullah.

Kategori sekolah rendah berjaya dimenangi oleh Nur Zara Insyirah Anuar dan Iris Zara Sofia Hafizal dari SK Tarcisian Convent diikuti oleh Nawal Ahnaf Yuzaidi Nur Syifa dan Umairah Mohd Faizal dari SK Proton City serta Nur Zarra Aimy Ahmad Hambali dan Alya Marissa Hamid Ali dari SK Iskandar Shah.

Platform pidato ini menggalas tanggungjawab untuk menyemai benih kepimpinan yang berani, berdedikasi dan bersedia menggerakkan perubahan dalam diri setiap peserta.

Di samping dapat menyampaikan mesej yang jelas dan penuh makna, seorang pemidato dapat membina jati diri, memperkukuh nilai, memupuk kepimpinan sekali gus memupuk minat dan memantapkan lagi kemahiran berbahasa Melayu.

Johan kategori menengah rendah.

Sebagai makluman, Pertandingan Pidato Perak Sejahtera Piala YAB Menteri Besar Perak ini memasuki edisi ke-2 sejak kali pertama diperkenalkan pada tahun 2022 dan digerakkan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Perak sebagai rakan strategik Kerajaan Negeri Perak dalam pembangunan bakat pemidato.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.