Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPeribahasa wujud daripada pengalaman hidup, penyatuan kebijaksanaan dan pemerhatian nenek moyang yang diungkapkan secara halus dan simbolik. Unsur bahasa ini berfungsi sebagai panduan hidup, alat pendidikan dan cerminan budaya yang amat bernilai hingga hari ini.
Warisan intektual dalam peribahasa menggunakan pelbagai istilah, termasuklah yang berkaitan dengan warna. Warna dalam peribahasa bukan sekadar unsur visual, tetapi mencerminkan nilai budaya, estatika, emosi dan pandangan hidup masyarakat.
Warna hitam melambangkan kejahatan, keburukan, kesusahan dan kehinaan. Contoh peribahasa yang mengandungi warna hitam adalah seperti yang berikut:
Peribahasa (1) melambangkan seseorang yang mengalami kesusahan dan masalah yang datang bertimpa-timpa atau berturut-turut. Contohnya, seseorang yang baru kehilangan anak, kemudian mengalami masalah kesihatan yang memerlukan rawatan perubatan yang tidak mampu dibayar. Keadaan ini dapat diibaratkan seperti sudah jatuh dari tangga, kemudian ditimpa pula dengan tangga itu sendiri yang menambahkan lagi kesakitan dan kesusahan yang dialaminya.
Selain itu, peribahasa ini juga dapat dikaitkan dengan situasi seseorang yang melakukan kesilapan, kemudian melakukan kesilapan lain yang lebih besar yang menyebabkan masalah yang lebih serius.
Peribahasa (2) pula digunakan untuk melambangkan seseorang yang tidak berguna sekiranya dikekalkan. Tahi minyak yang berwarna hitam merujuk sisa minyak yang hitam warnanya, tetapi masih dapat digunakan untuk memasak atau tujuan lain. Maksud tersirat daripada peribahasa ini ialah pesanan agar tidak menilai sesuatu hanya berdasarkan luaran kerana yang buruk pada pandangan mata mungkin mempunyai nilai yang tersembunyi.
Seterusnya, warna putih melambangkan kesucian, kebaikan, kejujuran dan kemurnian. Contoh peribahasa yang mengandungi warna putih adalah seperti yang berikut:
Peribahasa (3) digunakan untuk melambangkan seseorang yang cantik dan bermanfaat, tetapi dibuang setelah tidak berguna. Dalam hal ini, hampas kelapa merujuk sisa kelapa yang putih warnanya, tetapi tidak lagi berguna selepas santannya diambil. Maksud tersirat daripada peribahasa ini ialah sesuatu yang cantik mungkin tidak berguna. Hal ini menggambarkan nilai sesuatu itu bukan pada rupa luarannya, tetapi pada manfaat yang diberikannya.
Peribahasa (4) merujuk keadaan tulang yang memutih selepas kematian, iaitu seseorang lebih rela mati daripada menanggung malu. Peribahasa ini juga merujuk kekalahan atau kegagalan, iaitu seseorang itu lebih rela mati daripada menanggung kekalahan atau kegagalan.
Di samping itu, peribahasa ini bermaksud bahawa seseorang itu lebih baik mati daripada menanggung malu atau kekalahan. Hal ini menggambarkan semangat juang yang tinggi dalam diri seseorang lebih yang rela berkorban nyawa daripada menanggung kehinaan atau kegagalan.
Peribahasa ini sering dikaitkan dengan semangat patriotisme dan keberanian apabila menghadapi cabaran. Oleh itu, peribahasa ini menyeru agar seseorang itu berjuang bersungguh-sungguh dan rela berkorban demi mencapai kejayaan atau mempertahankan maruah diri tanpa mempedulikan apa-apa yang akan terjadi pada dirinya.
Berikutnya, warna merah melambangkan keberanian, kemarahan, semangat dan darah. Contoh peribahasa yang mengandungi warna merah adalah seperti yang berikut:
Peribahasa (5) menunjukkan bahawa walaupun buah itu kelihatan menarik, belum tentu rasanya sedap atau manis. Warna dalam peribahasa ini digunakan untuk menyamakan penampilan luar seseorang dengan buah yang masak merah dan perwatakan dalaman seseorang dengan rasa buah tersebut. Peribahasa ini juga dapat digunakan untuk melambangkan seseorang yang elok rupanya, tetapi belum tahu baik buruk hatinya.
Pengajaran daripada peribahasa ini ialah penampilan luar seseorang tidak semestinya mencerminkan perwatakan dalamannya. Pesanan dalam peribahasa ini ialah seseorang itu tidak hanya dinilai daripada penampilan luarannya sahaja, tetapi perlu dikenali dengan lebih mendalam untuk mengetahui perangai sebenarnya.
Warna seterusnya dalam peribahasa ialah warna kuning. Warna ini melambangkan kebesaran, kemuliaan dan kehormatan yang sering dikaitkan dengan raja atau bangsawan. Contoh peribahasa yang mengandungi warna kuning adalah seperti yang berikut:
Peribahasa (6) dan (7) ini melambangkan seseorang yang tidak tetap pendirian atau tidak jelas hala tujunya, mudah dihasut atau dipujuk. Kadangkala, sikap sebegini dikenali sebagai keras hati kerana tidak mudah dipengaruhi oleh pujian. Orang sebegini tidak mudah terpengaruh dengan pujuk rayu atau mudah terpedaya dengan pujian, sebaliknya berpegang teguh pada pendirian sendiri dan tidak mudah diubah.
Warna hijau pula melambangkan kesuburan, harapan dan kehidupan. Selain itu, warna hijau melambangkan sesuatu yang tidak elok. Contoh peribahasa yang mengandungi warna hijau adalah seperti yang berikut:
Peribahasa (8) melambangkan seseorang yang memiliki kemegahan dan kemewahan, serta mempunyai sikap suka mengheboh-hebohkan kekayaan yang dimiliki untuk menarik perhatian orang ramai, sedangkan kelebihan itu tidak sepatutnya ditayangkan secara berlebih-lebihan.
Penggunaan peribahasa ini sesuai untuk menyindir peniaga pada masa ini yang suka menunjuk-nunjuk kekayaan atau kehebatannya dalam media sosial untuk mendapat perhatian umum. Hakikatnya, kemegahan dan kemewahan yang sebenar tidak memerlukan publisiti dan perbuatan menunjuk-nunjuk.
Peribahasa (9) bermaksud orang yang mati di perantauan dan tidak ada yang menangisinya kecuali burung langau hijau. Peribahasa ini menggambarkan nasib malang seseorang yang meninggal jauh daripada keluarga dan sanak saudara tanpa ada yang mengurus jenazahnya dengan selayaknya. Secara lebih luas, peribahasa ini juga menunjukkan keadaan yang sangat menyedihkan, kesepian dan terlantar.
Penggunaan warna dalam peribahasa yang berbeza-beza ini jelas menunjukkan bahawa warna dapat menambah keindahan, kesantunan dan kepuitisan dalam peribahasa. Warisan unik ini perlu dikekalkan dan diketengahkan kerana mencerminkan cara hidup orang dahulu yang menegur atau menasihati seseorang tanpa menyinggung perasaannya secara langsung dan perkara ini merupakan jati diri yang patut dibanggakan.