Diterbitkan pada 17 Januari 2026, 12:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyambut baik mandat Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Fadhlina Sidek agar pentauliahan Munsyi Dewan diperluas dalam kalangan siswa guru Institut Pendidikan Guru (IPG) sebagai usaha memperkukuh profesionalisme bakal guru Bahasa Melayu di negara ini.

Inisiatif berkenaan juga menjadi perancangan pembinaan kepakaran bahasa yang terarah dan berstruktur ke arah melahirkan Munsyi Dewan yang berkualiti.

Pentauliahan Munsyi Siswa dilaksanakan melalui proses pemilihan yang ketat, telus dan sistematik bagi memastikan hanya calon yang benar-benar berkeupayaan serta berwibawa dilantik untuk menyampaikan ilmu kebahasaan kepada murid pada peringkat sekolah.

Dalam usaha menyokong agenda pemerkasaan bahasa kebangsaan pada peringkat nasional, DBP sentiasa komited dalam memastikan keseluruhan proses pemilihan dan pentauliahan dilaksanakan mengikut tatacara dan piawaian yang ditetapkan dan inisiatif yang diusahakan diharapkan dapat membudayakan kecemerlangan bahasa dalam sektor pendidikan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi