Diterbitkan pada 14 Mac 2024, 09:17

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif untuk memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah.”

Demikian kenyataan media yang dikeluarkan oleh KPM pada pagi ini. 

Menurut KPM, bagi menjayakan inisiatif ini, sekolah-sekolah di bawah KPM di Semenanjung Malaysia diseru untuk melanggan akhbar.

Tambah KPM,

Sekolah-sekolah tersebut bolehlah melanggan akhbar seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan Sinar Harian, yang merupakan akhbar utama berbahasa Melayu di negara ini.

“Pembelian akhbar boleh dilakukan secara terus oleh pihak sekolah dengan menggunakan peruntukan sedia ada,” katanya.

Dalam kenyataan media tersebut, KPM turut percaya bahawa inisiatif tersebut dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi