Diterbitkan pada 1 Disember 2024, 17:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Songkhla   ̶  Program pertukaran ilmu bahasa Melayu melalui mobiliti staf Jabatan Bahasa Melayu (JBM), Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari (KSTCL) UIAM, Pagoh ke Fakulti Kemanusiaan dan Sosial Sains (HUSO), Prince of Songkhla (PSU) Thailand wajar dicontohi dan dipergiat.

Dalam program ini, usaha JBM untuk memberikan nilai tambah dalam pendidikan bahasa Melayu kepada pelajar HUSO PSU perlu dipergiat dalam melestarikan bahasa Melayu di negara Thailand. Pelestarian bahasa Melayu ini secara tidak langsung dapat berkongsi ilmu terutamanya yang berkaitan dengan kebahasaan dan kebudayaan kedua-dua negara. Usaha ini disokong sepenuhnya oleh Ketua Program Pengajian Melayu dan Bahasa Melayu HUSO, iaitu PSU Prof Madya Dr. Faisol Haji Awang yang memuji usaha JBM dalam melestarikan bahasa Melayu ke peringkat global.

Selain pertukaran ilmu, program mobiliti ini juga turut membincangkan beberapa perkara termasuk kurikulum, subjek, pelaksanaan kurikulum, kolaborasi penyelidikan dan kerjasama memartabatkan bahasa dan budaya Melayu di kedua-dua negara. Perancangan ini dilihat satu langkah yang positif kerana bahasa Melayu semakin diterima di Thailand walaupun terdapat beberapa kekangan yang perlu ditangani bersama. Usaha JBM dan HUSO ini dilihat sebagai batu loncatan untuk terus memartabatkan bahasa dan budaya Melayu merentas sempadan geopolitik.

Sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh wakil pensyarah JBM KSTCL UIAM dalam program mobiliti staf JBM, KSTCL, UIAM, Pagoh ke HUSO, Prince of Songkhla (PSU) Thailand.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi