Oleh Yusaida Yusof
4 April 2021, 19:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

SINGAPURA – Menurut perangkaan pada tahun 2020, sebanyak 14.4 peratus orang Melayu menderita penyakit kencing manis di Singapura berbanding dengan kaum India yang mencatatkan peratusan kedua tertinggi, iaitu sebanyak 14.2 peratus dan 8.2 peratus pula diikuti oleh kaum Cina. Penyakit kencing manis juga dipercayai menjadi punca utama kaum Melayu mengalami kegagalan ginjal.

Sehubungan dengan itu, pelbagai pihak sama ada dari agensi kerajaan, agensi swasta mahupun persatuan telah melakukan pelbagai usaha untuk memerangi penyakit kencing manis dalam kalangan rakyat Singapura. Antaranya termasuklah Persatuan Diabetes Singapura dengan kerjasama Angkatan Sasterawan ’50 (Asas ’50), yang menganjurkan Peraduan Menulis Puisi 2021, yang bertemakan “Penyakit Kencing Manis dalam Kalangan Masyarakat Melayu”.

Inisiatif ini diambil sebagai satu cara untuk mendampingi dan menggalakkan masyarakat Melayu untuk memerangi dan mencegah penyakit kencing manis kerana mereka lebih cenderung menghidapnya berbanding dengan kaum lain. Yang menariknya, puisi yang dihasilkan mestilah dalam bahasa Melayu. Pertandingan ini terbuka kepada tiga kategori mengikut peringkat usia. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 April 2021 dan butiran lanjut mengenai pertandingan ini boleh didapati di laman Facebook Diabetes Singapore.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.