Oleh Nubailah Nasri
30 September 2022, 10:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Terengganu – SMK Jitra, Kedah buat pertama kalinya merangkul kejuaraan Pertandingan Bahas Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di negeri Terengganu. Pertandingan yang diadakan bermula pada 26 September 2022 hingga 29 September 2022 itu melibatkan 14 buah negeri yang menghantar penyertaan secara bersemuka buat pertama kalinya selepas berakhirnya pandemik COVID-19 sangat memberikan keterujaan kepada semua peserta bahas.

Puan Rizawani dari KPM memberikan taklimat kepada para hakim.

 

Peserta bahas pada pusingan awal.

Pertandingan ini anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu selaku tuan rumah. Melalui pertandingan ini, pihak KPM dapat mencungkil bakat bertutur dan berhujah secara spontan dalam kalangan anak remaja. Pihak KPM juga begitu komited untuk melahirkan anak-anak remaja yang bijak berhujah semenjak bangku sekolah lagi. Justeru, pertandingan seperti inilah yang memberikan peluang kepada generasi hari ini untuk menunjukkan bakat yang ada.

Peserta dari Johor dan Kedah bergambar kenangan dengan hakim selepas tamat pertandingan suku akhir.

Adik Nurisa Farina Iskandar, selaku pembahas ketiga dari SMK Jitra telah dinobatkan sebagai pembahas terbaik dalam pertandingan itu. Pertandingan ini diadili oleh hakim dari seluruh Malaysia. Pertandingan ini pula telah dirasmikan oleh Encik Ithnin Mahadi iaitu Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan dan Kecemerlangan Sukan, Kokurikulum dan Keseniaan, KPM.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.