28 Oktober 2022, 19:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Majlis Pelantikan dan Penyerahan Watikah Pelantikan Munsyi Muda Bahasa bersempena dengan Majlis Penangguhan Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan peringkat JPA dan MAMPU 2022 telah berlangsung pada hari ini di Auditorium JPA Aras 4, Blok C1, Putrajaya. 

YBhg. Dato’ Ts. Kamel Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi).

Majlis yang gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Kamel Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), yang mewakili YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Yang turut hadir ialah YBhg. Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan YBrs. Dr. Mohd Bakhari Ismail, Timbalan Ketua Pengarah MAMPU. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menggesa supaya Munsyi Muda Bahasa menjadi tonggak pemerkasaan mutu bahasa Melayu di jabatan masing-masing.

Sesi penyerahan watikah pelantikan dan pentauliahan Munsyi Muda Bahasa.

Majlis ini menyaksikan sebanyak 172 orang daripada 191 orang telah menerima watikah pelantikan dan pentauliahan Munsyi Muda Bahasa daripada pelbagai agensi kerajaan seluruh Malaysia.

Antara fungsi Munsyi Muda Bahasa termasuklah sebagai perujuk bahasa bagi kementerian atau agensi dalam perkhidmatan awam dari segi penyediaan dokumen rasmi dan sebagainya.

Sebagai usaha memperkasakan bahasa kebangsaan dalam kalangan penjawat awam peringkat JPA dan MAMPU, pelbagai pertandingan juga telah diadakan seperti pantun, fotografi, teka silang kata, mencipta poster dan sudut bacaan terbaik. Pemenang bagi setiap pertandingan ini telah diumumkan dalam majlis tersebut. 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.