12 Mei 2023, 11:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sabah – Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah telah mengadakan Pertandingan Jaguh Jawi di SK Pekan Telupid dan SK Pekan Beluran, yang menjadi tuan rumah bagi program Bazar Ilmu DBP, yang bermula pada 8 Mei hingga 11 Mei 2023.

Hampir 60 penyertaan diterima daripada sekolah-sekolah yang ada di daerah Telupid dan Beluran, yang membuktikan bahawa usaha memartabatkan tulisan Jawi sebagai satu sistem tulisan warisan bahasa Melayu wajar diteruskan bermula dari peringkat sekolah rendah.

Para guru dan peserta Jaguh Jawi dari sekolah-sekolah di Daerah Telupid dan Beluran.

Pertandingan Jaguh Jawi yang bermatlamat untuk menguji kebolehan dan kemahiran para peserta mengeja dan menulis Jawi, telah diadakan secara tiga peringkat. Hanya enam orang peserta terpilih yang layak ke peringkat akhir. Peringkat pertama ialah Kuiz Huruf Vokal Jawi, manakala pada peringkat kedua pula ialah Kuiz Kosa Kata dan peringkat akhir ialah Anagram Jaguh Jawi.

Selain itu, pertandingan ini JUGA bersifat interaktif apabila menggunakan platform Wordwall, iaitu sebuah permainan secara dalam talian. Hal ini juga bertujuan untuk menarik minat dan membuka ruang khususnya kepada para pelajar dari sekolah pedalaman di Sabah untuk terus mempelajari tulisan Jawi.

Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah akan terus berinisiatif dalam melaksanakan pelbagai program yang memfokuskan tulisan Jawi supaya tulisan ini terus hidup dan berkembang khususnya di Sabah.

Para peserta akhir menyelesaikan Anagram Jaguh Jawi di SK Pekan Telupid dan SK Pekan Beluran.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.