16 Mei 2023, 09:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Alor Setar – Kehadiran pelajar antarabangsa menyerikan lagi program Apresiasi Bahasa dan Sastera, yang diadakan bersempena dengan Hari Bahasa Melayu di Auditorium dan Perpustakaan Universiti Antarabangsa AlBukhary (AIU) semalam. Secara tidak langsung, program tersebut berjaya menarik minat pelajar antarabangsa untuk sama-sama memeriahkan lagi program yang adakan.

Pelbagai program yang menarik telah disusun dari peringkat prasekolah, kanak-kanak, remaja dan mahasiswa. Antaranya termasuklah program Seronoknya Membaca, Pertandingan Lagu Puisi Remaja dan Malam Bahasa Jiwa Bangsa.

Puan Roziah Md Yunus, Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, DBP.

“Pada sebelah pagi diadakan program Seronoknya Membaca yang meliputi Pertandingan Mewarna, Pertandingan Bercerita (Tahap 1) dan Pertandingan Pidato (Tahap 2). Pada sebelah petang pula diadakan Pertandingan Lagu Puisi Remaja dan diikuti dengan Malam Bahasa Jiwa Bangsa,” ujar Puan Roziah Md Yunus, Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ketika diwawancara.

Puan Norpisah Md Isa, Pendaftar AIU.

Program pada malam tadi, iaitu Malam Bahasa Jiwa Bangsa pula diserikan lagi dengan kehadiran Puan Norpisah Md Isa, Pendaftar AIU.

Prof. Madya Dr. Tengku Shahrom Tengku Shahdan, Dekan Sekolah Pendidikan dan Sains Kemanusiaan, AIU.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Tengku Shahrom Tengku Shahdan, Dekan Sekolah Pendidikan dan Sains Kemanusiaan, AIU, dalam ucapan perasmian menzahirkan rasa terujanya terhadap program rintis ini.

“Saya berharap agar program ini dapat dijadikan sebagai program tahunan di AIU,” ujar beliau.

Program Apresiasi Bahasa dan Sastera dianjurkan oleh DBP dengan kerjasama AIU bertujuan untuk mempersegar dan memperkasakan bahasa kebangsaan melalui kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan dalam usaha menanam sikap megah berbahasa Melayu dalam kalangan pelajar.

Sebahagian antara peserta yang memenangi hadiah bergambar kenangan.
Para peserta program turut membuat persembahan tarian dan mendendangkan lagu puisi.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.