18 Jun 2023, 09:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Nibong Tebal – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus mendukung acara yang melibatkan seni, bahasa dan budaya dalam menyantuni masyarakat.

Menteri Pendidikan, Yang Berhormat (YB) Fadhlina Sidek dalam Semadah Bicara pada Malam Bahasa Jiwa Bangsa bersempena dengan Festival Bahasa dan Sastera (FBS) Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 17 Jun 2023 di Dewan Serbaguna Sungai Jawi, Nibong Tebal mengatakan,

Program ini merupakan wahana bagi masyarakat bersama-sama menzahirkan sokongan dan iltizam dalam usaha mengangkat martabat bahasa, sastera, seni, dan budaya di dalam negara secara keseluruhannya.

 

YB Fadhlina Sidek semasa berucap pada Malam Bahasa Jiwa Bangsa bersempena dengan Festival Bahasa dan Sastera Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak turut mendeklamasikan puisi.

Majlis juga diserikan lagi dengan persembahan deklamasi puisi oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak, YB Fadhlina Sidek dan Sasterawan Negara Datuk Seri A. Samad Said.

Selain itu, sebanyak 11 kegiatan telah diadakan untuk menyemarakkan FBS Peringkat Negeri Pulau Pinang seperti pertandingan mewarna, program Seronoknya Membaca, program Didik Dakwah: Sirah Anbiya, pertandingan deklamasi puisi, Pertandingan Lagu Boria, program Ekspresi Muzik Jalanan, dan Eksplorasi Bahasa. Di samping itu, pameran, kaunter perkhidmatan dan jualan buku turut diadakan.

Sasterawan Negara Datuk Seri A. Samad Said turut mendeklamasikan puisinya.
Para tetamu turut mengambil peluang bergambar bersama dengan tetamu kehormat.

FBS Peringkat Negeri Pulau Pinang yang dianjurkan oleh DBP dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dihadiri oleh hampir 1000 pengunjung adalah bertujuan untuk menyemarakkan kegiatan kesusasteraan dan kebudayaan di samping menarik minat anak muda untuk hadir dan menyokong program kebahasaan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.