24 Julai 2023, 16:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Jasin – Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, selaku pihak pencadang muncul juara pertandingan akhir Debat MRSM Se-Malaysia Piala Timbalan Perdana Menteri 2023 bagi Kategori Bahasa Melayu, yang berlangsung pada hari ini di MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka.

Sekolah tersebut menewaskan pasukan MRSM Tun Ghafar Baba dengan usul perdebatan, “Bagi menangani peningkatan kes jenayah siber, dewan ini akan mengetatkan undang-undang keselamatan siber di Malaysia”.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Saya kagum dan teruja dengan kehebatan para pendebat. Penubuhan MRSM merupakan satu daripada agenda penting dalam menggilap potensi dalam kalangan remaja. Kita mahu melahirkan manusia yang mampu memanusiakan manusia.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. Tuan Haji Mohd Salahuddin Dato’ Paduka Mohamed, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP dan YBhg. Dato’ Sayed Alfeizal Dato’ Sayed Ahmad, Presiden Muafakat Malaysia.

Sebanyak 55 pasukan daripada MRSM seluruh negara menyertai pertandingan debat ini menerusi Kategori Bahasa Melayu, yang berlangsung selama lima hari yang bertemakan “Bahasa Wahana Ilmu”.

Debat MRSM Se-Malaysia yang memasuki tahun ke-13 penganjuran ini dianjurkan oleh MARA dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan kerjasama DBP, Mahir Publications Sdn. Bhd., Muafakat Malaysia dan CelcomDigi.

 

Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki.
Khalayak yang hadir pada majlis yang berlangsung di MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka.
Para tetamu kehormat bergambar kenangan.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.