27 Julai 2023, 16:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar Kehangatan pesta buku kembali lagi menjajah hati pembaca setelah berjaya mencipta fenomena pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 beberapa bulan yang lalu. Kini, pesta buku bakal diteruskan lagi di setiap negeri agar dapat memupuk minat membaca dalam kalangan orang muda.

Sehubungan dengan itu, Pesta Buku Perlis dan Karnival Pembaca Perlis kini telah pun bermula pada 25 Julai 2023 hingga 30 Julai 2023 di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Kangar, Perlis.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung yang hadir ke Pesta Buku Perlis. Sasaran utamanya sudah pasti kepada pelajar sekolah rendah dan menengah supaya menjadikan aktiviti membaca sebagai hobi.

Selepas perasmian Pesta Buku Perlis dan Karnival Pembaca membuka tirai, aktiviti bengkel deklamasi puisi diteruskan bersama-sama peserta.

Selain itu, antara aktiviti yang menarik di sini termasuklah penyediaan ruang pameran Adventure Zoo, iaitu pengembaraan ke taman haiwan. Tiketnya cuma berharga RM5.00 bagi pelajar sekolah untuk meneroka taman haiwan selain dapat membaca buku.

Pendedahan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat kepada pelajar sekolah rendah dan menengah juga menarik minat pelajar yang hadir ke sini. Mereka turut mendapat pendedahan tentang kerjaya dan nilai tambah kemahiran menggunakan Microsoft Excel sebelum menempuh alam kerjaya yang sebenar.

Penganjur turut menyediakan program ceramah kerjaya untuk membantu para pelajar memburu peluang yang mungkin tidak pernah dikongsikan dalam mana-mana platform yang ada.

 

Jadual aktiviti yang dipamerkan untuk rujukan para pengunjung.
Antara buku yang disediakan untuk pilihan pengunjung di Pesta Buku Perlis.
Sebahagian pengunjung yang hadir.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.