Oleh Jamiaton Kusrin
8 Oktober 2023, 16:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Program Penilaian Buku Books for Asia merupakan kerjasama strategik oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Yayasan JCorp dan Asia Foundation, yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 5 Oktober 2023 hingga 7 Oktober 2023 di Mercure Hotel, Kuala Lumpur.

Buku Books for Asia merupakan inisiatif Yayasan JCorp dan Asia Foundation untuk pembangunan koleksi bahan bacaan Pusat Sumber Sekolah dan Pusat Sumber Institusi.

Program tersebut melibatkan sebanyak 13 orang panel yang terdiri daripada pendidik sekolah rendah dan menengah, matrikulasi, Universiti Teknologi MARA, dan Universiti Putra Malaysia, yang diketuai oleh Dr. Mohd Ghazali Taib, serta sukarelawan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Menurut Dr. Mohd Ghazali Taib,

Sokongan Yayasan JCorp dan Asia Foundation yang padu dan jitu telah berjaya menyatukan semua panel yang datang dari segmen pendidikan yang berbeza demi pendidikan di Malaysia.

Sementara itu, program tersebut dirasmikan oleh Encik Shahrazali Sahlan, Timbalan Pengurus Yayasan JCorp. Beliau berpendapat,

Adalah penting bahan bacaan yang dibekalkan berkualiti dan kandungannya bersesuaian supaya manfaat yang diterima oleh para pembaca memberikan impak yang besar kepada generasi masa hadapan negara.

Majlis penutupan program pula dilaksanakan oleh Encik Mohd Azian Mohd Sofian, iaitu Ketua Penolong Pengarah BSTP, KPM. Beliau amat teruja dengan komitmen penuh daripada barisan panel penilai dan sukarelawan yang terlibat serta mengharapkan kerjasama yang berterusan pada masa hadapan.

Encik Shahrazali Sahlan ketika merasmikan majlis.
Dari kiri: Puan Nurrolhaida Saad (Penyelaras), Dr. Mohd. Ghazali Taib, dan Puan Jamiaton Kusrin.
Dari kiri depan: Dr. Mohd. Ghazali Taib, Puan Nurrolhaida Saad, Encik Shahrazali Sahlan, Encik Mohamad Syafiq Miskon. Dari kiri belakang: Puan Ruzaini Shahdan, Puan Ezatul Hanizam Mohamed Fauzi, Puan Juliana Sahari, Puan Farah Filzah Azizuddin, Puan Jamiaton Kusrin, Puan Doreen Primus, Puan Kavitha a/p Kandiah, Puan Sarimah Mohamed, Dr. Nadiah Suboh dan Encik Sudeep a/l Ramasamy.

 

 

 

 

 

 

 

Sesi taklimat untuk panel penilai.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.