Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangSimpang Renggam – Daerah Kota Tinggi telah mengungguli Pertandingan Sahibba Choopp! Digital Bahasa Melayu Peringkat Negeri Johor 2023, yang berjaya meraih gelaran johan bagi kedua-dua kategori, iaitu sekolah rendah dan menengah. Pertandingan ini anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), dan Syarikat Permainan Malaysia (SPM) Sdn. Bhd., yang berlangsung semalam di Dewan Utama, Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Renggam, Kluang, Johor.
Tempat pertama kategori sekolah menengah disandang oleh Lilis Shareena Mohd Farizan dari Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, dengan yang membawa pulang hadiah wang tunai RM250.00, berserta trofi penghargaan, sijil penyertaan dan permainan sumbangan SPM Sdn. Bhd.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Muhammad Hafiy Harraz Suhairi@Salleh dari SMA Haji Mohd Yassin, Muar, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM200.00, trofi penghargaan, sijil penyertaan dan permainan sumbangan SPM Sdn. Bhd., manakala Siti Nurqistina Aleesya Diyana Ruzi yang juga wakil Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi di tempat ketiga yang membawa pulang hadiah wang tunai RM150.00, trofi penghargaan, sijil penyertaan, dan permainan sumbangan SPM Sdn. Bhd.
Sementara itu, johan kategori sekolah rendah dimenangi oleh Husnina Hirrudin dari SK Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM200.00, trofi penghargaan, sijil penyertaan, dan permainan sumbangan SPM Sdn. Bhd.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Rose Azzahrra Mohd Aizat dari SK Convert (M) Muar, yang berjaya membawa pulang RM150.00, trofi penghargaan, sijil penyertaan, dan permainan sumbangan SPM Sdn. Bhd, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Muhammad Nur Asrar Abdul Hadi dari SK Bandar Endau, Mersing, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM100.00, berserta trofi penghargaan, sijil penyertaan, dan permainan sumbangan SPM. Sdn. Bhd.
Terdahulu, Encik Kareno Zainal Abidin, Pengurus Acara dan Pemasaran SPM turut memberikan ulasan tentang pertandingan tersebut. Beliau kagum melihat kebolehan para pelajar yang berjaya menyelesaikan permainan sahibba bahasa Melayu tersebut dalam masa hanya 1.6 saat bagi pusingan kejar masa. Hal ini membuktikan betapa kompetennya para pelajar di Johor, serta keupayaan kreatif mereka dalam menghasilkan perkataan dalam bahasa Melayu dengan cemerlang dan pantas.
Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Muda Atan, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Murid, JPNJ diiringi oleh YBrs. Encik Riduwan Wahab, Pengarah DBPWS dan YBrs. Encik Mazlan Sariyeo, Pengetua SMK Simpang Renggam.