Oleh Awang Sariyan
24 Oktober 2023, 15:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Gagal Kuasai Bahasa Melayu Punca Permohonan Kewarganegaraan Warga Emas Ditolak – Saifuddin

(Sumber: Hasimi Muhamad dlm. Astro Awani, – 23 Oktober 2023, 13:22)

Kuala Lumpur – Menurut Senator Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, mantan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, beliau menyokong pernyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat pada 23 Oktober 2023 tentang ketegasan kerajaan dalam penguasaan bahasa kebangsaan sebagai satu daripada syarat meluluskan permohonan memperoleh kewarganegaraan.

Menurut beliau, syarat penguasaan itu amat asas, iaitu sekadar dapat berkomunikasi mudah dalam bahasa kebangsaan yang menurut Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan disebut “Mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang memadai”. Oleh itu, tidak wajar mana-mana pihak mempersoalkan syarat itu kerana di negara-negara lain pun syarat itu dilaksanakan.

Sementara itu, kelonggaran sehingga meluluskan pemohon yang memperoleh dua daripada skala lapan syarat penguasaan bahasa kebangsaan perlu dielakkan supaya tidak ada pemohon yang memandang ringan akan keperluan menguasai bahasa kebangsaan untuk menjadi warganegara.

Langkah yang dapat dilakukan adalah dengan menggalakkan pemohon mengikuti kursus asas bahasa kebangsaan yang boleh dianjurkan oleh pihak tertentu, dengan kerjasama dan pemantauan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.