Oleh Yusaida Yusof
25 Oktober 2023, 16:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Foto: Norfazrie Isquandy Nurol

Kuching – Satu sesi penyerahan memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah diadakan pada pagi ini seusai pelancaran Kamus Melayu SarawakMelayu Dewan di Arena Gemilang, UNIMAS. Pemeteraian MoU antara UNIMAS dengan DBP ini merupakan pemeteraian kali kedua selepas kali pertama diadakan pada 9 Ogos 2017.

Antara skop kerjasama yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun pemeteraian MoU ini termasuklah pendidikan dan penyelidikan, pembangunan koleksi berkaitan dengan bahasa dan persuratan, penerbitan, promosi dan pemasaran produk penerbitan, pelaksanaan program bahasa, sastera dan pendidikan, latihan industri, dan bidang kerjasama lain yang berkemungkinan dapat dimajukan, diusahakan dan dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak.

Dari kiri: YBhg. Prof. Dr. Ambigapathy Pandian, YBrs. Ir. Dr. Siti Noor Linda Taib, YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim Suadi, YB Datuk Hajah Rosey Haji Yunus, YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, YBrs. Tuan Haji Md. Johari Hasan dan YBrs. Tuan Haji Razali Che Mat.

 

Penyerahan MoU ini disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim Suadi, Naib Canselor UNIMAS dan YBrs. Tuan Haji Md Johari Hasan, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, yang mewakili Ketua Pengarah DBP.

Sesi penyerahan MoU ini turut disaksikan oleh YB Datuk Hajah Rosey Haji Yunus, Timbalan Menteri Penbangunan Wanita dan Kanak-kanak, Sarawak, bersama-sama YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti; YBrs. Ir. Dr. Siti Noor Linda Taib, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS; YBhg. Prof. Dr. Ambigapathy Pandian, Dekan Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, UNIMAS, dan YBrs. Tuan Haji Razali Che Mat, Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan.

YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim Suadi, Naib Canselor UNIMAS juga berharap agar kerjasama erat antara DBP dengan UNIMAS melalui Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi dapat memperkasakan lagi penyelidikan, penerbitan, latihan, program akademik dan program pembangunan eksekutif terutamanya dalam bidang bahasa, linguistik dan komunikasi.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UNIMAS, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAS), Dekan Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi UNIMAS, Pengarah DBP Cawangan Sarawak, pengarah-pengarah jabatan, wakil Residen Bahagian Samarahan, pegawai pengurusan tertinggi UNIMAS, ketua-ketua jabatan, ketua masyarakat dan ketua kaum, penghulu, kapitan, wakil media dan para peserta.

UNIMAS merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi awam di Sarawak yang komited dalam menghasilkan reka bentuk dan penyampaian kurikulum berkualiti yang bersifat global dan mampan untuk melahirkan graduan yang holistik, kreatif dan inovatif.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.