Oleh Nasir Hamid
9 November 2023, 11:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuching – Sumbangan dana untuk pelbagai aktiviti pemerkasaan bahasa dan sastera di Sarawak sejak tahun 2014 hingga kini sangat membantu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melaksanakan aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan di Sarawak.

Demikian menurut YBrs. Dr. Hazami Jahari, iaitu Ketua Pengarah DBP semasa diwawancara secara eksklusif oleh wartawan Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune semalam.

Selain itu, beliau turut menyifatkan dukungan serta sokongan Kerajaan Sarawak kepada DBP merancakkan lagi aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan yang semakin giat dilaksanakan pada setiap tahun.

Tambah beliau, kaedah pendanaan ini mampu menyokong DBP dalam usaha memartabatkan dan memperkasakan bahasa kebangsaan dan bahasa sukuan yang menunjangi tonggak pembinaan negara bangsa.

Beliau turut mempelawa kerajaan negeri lain bersinergi dalam usaha yang sama walaupun wujud fahaman politik yang berbeza.

DBP menyambut baik dan menyokong agenda pembangunan ekonomi hijau yang dipelopori oleh Premier Sarawak, YAB Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg. Komitmen Kerajaan Sarawak kepada pembangunan lestari yang mendunia mendahului pelbagai aspek yang meletakkan Sarawak pada status bitara.

Pada masa yang sama, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Suara Sarawak, iaitu YBhg. Dato’ Dr. Jeniri Amir bagi membincangkan kerjasama strategik antara DBP dengan Suara Sarawak.

Yang turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah DBP Cawangan Sarawak, iaitu YBrs. Encik Abang Haliman Haji Abang Julai.

Ketua Pengarah DBP ketika sesi temu bual semalam.
Penyerahan Kamus Dewan Perdana oleh YBrs. Dr. Hazami Jahari kepada YBhg. Dato’ Dr. Jeniri Amir.
Penyerahan cenderamata daripada Ketua Pegawai Eksekutif Suara Sarawak, YBhg. Dato’ Dr. Jeniri Amir kepada YBrs. Dr. Hazami Jahari, iaitu Ketua Pengarah DBP.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.