29 November 2023, 21:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Jurufoto: Mohamad Adib Zulkifli

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Maktab Tentera Diraja telah mengadakan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Bahasa dan Sastera Sasterawan Negara 2023 di Dewan Tun Templer 2, Maktab Tentera Diraja (MTD), Kem Perdana Sungai Besi, petang tadi.

Karnival ini merupakan satu daripada usaha untuk memastikan bahasa dan sastera Melayu mampu menjadi “tiang seri” dalam pembinaan tamadun bangsa dan negara, di samping memartabatkan karya sasterawan negara (SN) di negara ini.

Antara aktiviti yang telah berlangsung dalam Karnival Bahasa dan Sastera Sasterawan Negara 2023 pada padi tadi ialah Eksplorasi Bahasa, Bengkel Majalah Dalam Kelas, dan Pertandingan Deklamasi Sajak SN.

Ucapan alu-aluan daripada YBhg. SN Dato’ Rahman Shaari.

Dalam ucapan alu-aluan, YBhg. SN Dato’ Rahman Shaari menyatakan bahawa penganjuran karnival seperti ini dilihat mampu menjadi pemangkin dalam usaha menjadikan bahasa dan sastera Melayu sebagai wahana perpaduan yang amat dititikberatkan dalam kerangka konsep Malaysia MADANI.

Bahasa dan sastera Melayu juga perlu dijadikan sebagai wahana ampuh dalam pembinaan jati diri rakyat Malaysia dan perpaduan yang melibatkan etnik, kaum dan wilayah.

Ucapan perasmian penutupan daripada YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Shaifuddin Haji Mohd Shariff, Komandan, MTD.

Dalam ucapan perasmian penutupan pula, YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Shaifuddin Haji Mohd Shariff, Komandan, MTD menyatakan bahawa pelaksanaan program sebegini merupakan satu manifestasi keprihatinan terhadap seni dan budaya dan secara tidak langsung memperkaya bahasa kebangsaan, pembudayaan seni sastera, dan budaya yang menjadi jiwa sesebuah bangsa.

Ujarnya lagi,

Sebanyak 120 orang putra dari MTD menyertai pelbagai aktiviti bahasa seperti yang dilaksanakan dan juga melibatkan penyertaan sebanyak 20 orang guru dan 235 orang murid dari sembilan buah sekolah terpilih.

Antara tetamu yang turut hadir dalam majlis tersebut termasuklah YBrs. Encik Nazar Mamat (Ketua Penolong Pengarah, Sektor Kurikulum, Kejurulatihan dan Kepenggalakan Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia), YBrs. Puan Azilawati Abu Bakar (Ketua Penolong Pengarah Unit Bahasa Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor), YBrs. Dr. Azizul Haji Ismail (Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum, DBP), YBrs. Encik Rashid Jamaluddin (Pengarah Pengajian MTD), dan YBrs. Leftenan Kolonel Rashidane Radzi Rasalingam(Pengarah Latihan MTD).

Pemenang tempat pertama pertandingan Deklamasi Sajak Kategori Pelajar menerima wang tunai yang berjumlah RM500.00.
Pemenang tempat kedua pertandingan Deklamasi Sajak Kategori Pelajar menerima wang tunai yang berjumlah RM400.00.
Pemenang tempat ketiga pertandingan Deklamasi Sajak Kategori Pelajar menerima wang tunai yang berjumlah RM 300.00.
Pemenang tempat pertama pertandingan Deklamasi Sajak Kategori Guru menerima wang tunai yang berjumlah RM800.00.
Pemenang tempat kedua pertandingan Deklamasi Sajak Kategori Guru menerima wang tunai yang berjumlah RM700.00.
Pemenang tempat ketiga pertandingan Deklamasi Sajak Kategori Guru menerima wang tunai yang berjumlah RM600.00.
Pemenang tempat pertama pertandingan Deklamasi Sajak Kategori Anggota menerima wang tunai yang berjumlah RM800.00.
Pemenang tempat kedua pertandingan Deklamasi Sajak Kategori Anggota menerima wang tunai yang berjumlah RM700.00.
Pemenang tempat ketiga pertandingan Deklamasi Sajak Kategori Anggota menerima wang tunai yang berjumlah RM600.00.
Pemenang tempat pertama pertandingan Eksplorasi Bahasa dan Sastera Kategori Berkumpulan menerima wang tunai yang berjumlah RM1200.00.
Pemenang tempat kedua pertandingan Eksplorasi Bahasa dan Sastera Kategori Berkumpulan menerima wang tunai yang berjumlah RM1000.00.
Pemenang tempat ketiga pertandingan Eksplorasi Bahasa dan Sastera Kategori Berkumpulan menerima wang tunai yang berjumlah RM800.00.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.