19 Februari 2024, 16:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur Rancangan Apa Khabar Malaysia yang disiarkan di BERNAMA TV telah menjemput Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), YBrs. Dr. Mohamad Salleh Rahamad bagi membicarakan isu pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan pada pagi tadi.

Menurut YBrs. Dr. Mohamad Salleh, pembinaan sebuah negara bangsa perlu mempunyai ciri sepunya agar tidak berlaku kecurigaan dan inilah pentingnya satu bahasa untuk memupuk perpaduan.

Masyarakat pada hari ini berhadapan dengan krisis nilai terutamanya dalam kalangan generasi baharu yang menganggap bahawa penggunaan bahasa Inggeris akan meningkatkan status dan martabat mereka tetapi jika menggunakan bahasa Melayu dalam komunikasi akan merendahkan martabat dan status mereka.

Jelasnya lagi, status masyarakat yang telah dibezakan melalui penggunaan bahasa ini menyebabkan bahasa Melayu semakin ketinggalan.

Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa kedudukan bahasa Melayu di negara ini perlu diangkat lebih tinggi daripada bahasa lain kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara yang telah termaktub dalam perlembagaan.

Ujarnya lagi,

Walaupun terdapat arahan untuk menggunakan bahasa Melayu dalam acara atau program rasmi tetapi masih banyak kelompangannya, terutamanya dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Selanjutnya, penghasilan buku ilmiah yang berkualiti dalam bahasa Melayu juga dapat menarik minat masyarakat luar untuk mencari dan menjadikan buku tersebut sebagai rujukan, seperti hikayat dan buku lama dalam bahasa Melayu yang begitu bernilai sehingga menjadi rujukan tokoh luar negara.

Sebagai rekod, PENA merupakan sebuah persatuan yang tidak mempunyai peruntukan yang besar seperti Perbadanan Kota Buku dan Dewan Bahasa dan Pustaka, tetapi boleh membantu dalam kerjasama untuk terus mengangkat bahasa Melayu ke peringkat global.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.