Oleh Aminnudin Saimon
28 Februari 2024, 09:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pagoh  Lawatan kerjasama antara Universiti Ahmad Dahlan (UAD) Indonesia, dengan Jabatan Bahasa Melayu (JBM), Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages (KSTCL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) Kampus Pagoh menjadi titik tolak keakraban hubungan dan kerjasama yang erat antara kedua-dua buah universiti.

Lawatan tersebut yang kedua selepas pemeteraian MoU antara UAD Indonesia dengan KSTCL pada tahun 2023. Lawatan pertama ialah pada tahun 2023, iaitu lawatan JBM ke UAD.

Semalam lawatan tersebut menyaksikan UAD diwakili oleh sembilan orang pensyarah yang diketuai oleh Timbalan Dekan, YBrs. Dr. Dani Fadillah dan 20 orang pelajar. Sementara itu, KSTCL diwakili oleh Dekan, Timbalan Dekan Akademik, Ketua Jabatan dan pensyarah sebanyak lima orang.

Tujuan lawatan tersebut untuk membincangkan pelaksanaan MoU yang sudah dimeterai, termasuklah pertukaran ilmu dan budaya, kerjasama penyelidikan, dan aktiviti antara universiti luar.

Lawatan itu juga menyaksikan UAD amat berminat untuk berkolaborasi dengan JBM dalam mengangkat ilmu bahasa dan budaya kedua-dua negara secara amnya dan universiti, khususnya.

YBrs. Dr. Dani Fadillah, Timbalan Dekan UAD semasa menyampaikan amanat.

Menurut YBrs. Dr. Dani Fadillah, kerjasama antara UAD dengan JBM merupakan kerjasama yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua universiti di samping dapat memperkukuh pelaksanaan pendidikan di kedua-dua buah universiti.

Justeru, pemeteraian MoU antara kedua-dua universiti ini secara tidak langsung telah mengangkat kedudukan bahasa Melayu di Malaysia secara amnya, dan UIAM, khususnya.

Pemeteraian dan pelaksanaan MoU tersebut juga dilihat menjadi sumbangan besar kepada universiti dalam merangka pelbagai strategi untuk menyejahterakan pendidikan dan menaik taraf pendidikan sejajar dengan peredaran zaman.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.