7 Mac 2024, 16:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pagoh Bengkel Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Bidang Bahasa Melayu untuk Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) diadakan pada hari ini di Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Pagoh, Muar, Johor.

Bengkel ini diterajui oleh Timbalan Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan, iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Adlina Hj. Ariffin yang berpengalaman dalam penulisan kertas cadangan untuk FRGS.

Menurut Pemangku Timbalan Dekan (Penyelidikan), iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Faridah Nazir, antara objektif bengkel ini diadakan termasuklah untuk memberikan pemahaman serta panduan praktikal dalam penyusunan kertas cadangan penyelidikan dan seterusnya meningkatkan kemahiran penyelidik dalam merangka metodologi penyelidikan yang sesuai.

Melalui bengkel yang dihadiri oleh para pensyarah daripada pelbagai disiplin ilmu dalam bidang bahasa, sokongan dan pendedahan diberi kepada mereka mengenai topik penyelidikan, kriteria penilaian kertas cadangan penyelidikan dan kaedah penyelidikan dalam bidang bahasa Melayu.

Mereka juga diberi panduan dalam menyusun kertas cadangan penyelidikan yang berkualiti dalam bidang bahasa Melayu bagi memenuhi keperluan FRGS, selain dapat menyumbang kepada pembangunan ilmu dalam bidang bahasa Melayu.

Selain itu, perbincangan berkumpulan tentang cabaran dan strategi dalam penyusunan kertas cadangan turut diadakan bagi memberikan pemahaman yang mendalam tentang keperluan FRGS dalam penyelidikan bahasa Melayu kepada para peserta.

 

Penerangan disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Adlina Hj. Ariffin.
Para penyelidik tekun mendengar penerangan bagi memperoleh FRGS.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.