Oleh Aminnudin Saimon
29 April 2024, 09:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pagoh – “Penganjuran seminar seperti ini perlu diteruskan dan dipelbagaikan supaya para pelajar dapat didedahkan tentang kajian yang berkaitan dengan bahasa, budaya dan sastera demi melestarikan bahasa dan budaya Melayu”.

Demikian inti pati ucapan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd. Azrul Azlen Abdul Hamid, Dekan Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketika merasmikan Seminar Bahasa, Budaya dan Sastera 2024 secara dalam talian pada 28 April 2024.

Dalam seminar itu, YBrs. Prof. Dr. Vijayaletchumi a/p Subramaniam dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan YBrs. Ts. Dr. Saipudin Suliman dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) diundang sebagai pengucap utama.

Seminar Bahasa, Budaya dan Sastera 2024 ini merupakan anjuran Jabatan Bahasa Melayu Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari (KSTCL), UIAM dengan kerjasama Office of MLCOM, Anjung Melayu dan Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Samarahan.

Seminar yang berlangsung dalam tempoh sehari ini dihadiri oleh sebanyak 41 orang pembentang yang terdiri daripada  pensyarah dan pelajar daripada institusi-institusi yang berkenaan.

Tujuan penganjuran seminar tersebut adalah untuk memartabatkan bahasa Melayu melalui pelbagai kajian dari sudut bahasa, budaya dan sastera, di samping mengeratkan hubungan antara institusi.

“Para pelajar perlu didedahkan tentang kajian yang berkaitan dengan bahasa, budaya dan sastera” – YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd. Azrul Azlen Abdul Hamid.
YBrs. Ts. Dr. Saipudin Suliman menyampaikan ucap utama dalam seminar.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.