16 Mei 2024, 20:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pagoh – World Language Escapade (WLE) di bawah kelolaan Language Club, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Pagoh dengan kolaborasi bersama kelab bahasa asing yang lain seperti Anjung Melayu, Kizuna, Jixiang, Chingu dan La Tresor berlangsung dengan jayanya, hari ini.

WLE yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang ini merupakan program dan pameran bagi Semester Dua 23/24 yang disertai oleh 184 orang pelajar bahasa asing dari pelbagai kelas bahasa seperti bahasa Mandarin, Jepun, Korea dan Perancis yang ditawarkan oleh UIAM Kampus Pagoh.

Terdapat sebanyak 37 buah pameran yang bersamaan dengan 37 buah negara yang berbeza. Oleh yang demikian, para peserta yang hadir dapat mengetahui sedikit banyak maklumat tentang budaya sesebuah negara.

Para peserta pameran pula dikehendaki untuk membentangkan tentang keunikan sesebuah negara tersebut seperti Okinawa di Jepun, Xi An di China, Nami Island di Korea dan Auvergne-Rhône-Alpes di Perancis.

Reruai gamelan (Nadasukma), dikir barat (Atma Terala) dan pantun (Sanggar Mestika) oleh Kelab Anjung Melayu.

Menurut Puan Arina Bahtiar, Penasihat Program yang merangkap Penasihat Language Club, program ini pada semester lepas turut mendapat sambutan yang baik daripada warga Kuliah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari (KSTCL), termasuklah barisan ketua jabatan yang turut memberikan sokongan untuk meneruskan lagi program seperti ini pada masa akan datang.

Sesi penilaian setiap reruai.

Program ini juga terbuka kepada semua pelajar di Bandar Universiti Pagoh seperti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Politeknik Tun Syed Nasir dan Universiti Teknologi Malaysia, serta para pelajar sekolah di sekitar Pagoh dan Muar.

Terdapat beberapa buah reruai yang menyediakan permainan yang berkaitan dengan  pembelajaran sesebuah bahasa atau fakta tentang negara tersebut untuk menarik perhatian para pengunjung.

Selain itu, pelbagai pertandingan dan aktiviti turut dijalankan oleh ahli kelab bahasa yang lain seperti Kelab Jixiang yang melaksanakan pertandingan menulis kaligrafi, Kelab Anjung Melayu membuka reruai untuk gamelan, pantun dan dikir barat, Kelab La Tresor mengadakan pertandingan membina Eiffel Tower, dan Kelab Kizuna mempamerkan bahan bacaan Jepun seperti Manga.

Pertandingan menulis kaligrafi (Kelab Jixiang).
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.