Oleh Zar
25 Mei 2024, 15:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Jurufoto: Hanafi Mohd Yusof

Kuala Lumpur “Buku Siri Kenali Bahasa dan Budaya Jepun yang mengandungi 16 judul ini mudah digunakan sama ada untuk orang Jepun yang berada di Malaysia atau orang Malaysia yang berada di Jepun.”

Demikian petikan ucapan kata alu-aluan daripada YBrs. Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sewaktu majlis Pelancaran Buku Siri Kenali Bahasa dan Budaya Jepun serta Kamus Peribahasa Jepun dan Padanan Peribahasa Melayu, yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada hari ini.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Umeda Masako, Timbalan Pengarah Japan Foundation Kuala Lumpur. Menurut Puan Umeda Masako:

It is delightful to see more Malaysian enjoying the book industry, and even more pleasant when Japanese language and culture has become one of the elements for people to explore, enjoy and benefit from.

Barisan tetamu kenamaan bergambar bersama-sama para hadirin.

Pelancaran Buku Siri Kenali Bahasa dan Budaya Jepun serta Kamus Peribahasa Jepun dan Padanan Peribahasa Melayu dianjurkan oleh Bahagian Buku Bahasa, DBP, bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024.

Sebanyak 16 buku Siri Kenali Bahasa dan Budaya Jepun serta Kamus Peribahasa Jepun dan Padanan Peribahasa Melayu telah dilancarkan pada hari ini.

 

Puan Umeda Masako, Timbalan Pengarah Japan Foundation Kuala Lumpur.

Menurut Puan Umeda Masako lagi:

Both books certainly complement the needs in the Japanese language field in Malaysia, where more materials are needed for not only casual learners of the language, but also for Japanese language teachers as one of their teaching materials.

YBrs. Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah DBP.

Menurut YBrs. Dr. Hazami:

Pembaca yang menekuni buku-buku ini bukan sahaja dapat mempelajari bahasa Jepun, malah dapat memahami dan mendalami budaya Jepun itu sendiri.  Apabila kita mempelajari sesuatu bahasa, budayanya jangan kita tinggalkan.

Puan Umeda Masako bersama-sama tetamu kenamaan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya bersyukur kerana berada dalam sebuah negara yang terbuka dalam soal berkongsi ilmu dan saling  menghormati kepelbagaian budaya. Siapa sangka, walaupun kedua-dua negara ini, iaitu Malaysia dan Jepun terpisah jauh, namun mempunyai persamaan dalam peribahasanya.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBrs. Puan Fauzilahyatun Mustafa, Pengarah Jabatan Penerbitan, DBP; YM Tengku Fauziah Ku Mat, Ketua Editor Bahagian Buku Bahasa, DBP dan wakil penulis, iaitu Encik Daud Mohammad.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.