Oleh Nazrul Aziz
26 Jun 2024, 14:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan

Seremban Sebanyak 35 orang pegawai bomba dari seluruh Malaysia telah menghadiri Kursus Penulisan Teks Ucapan Majlis Rasmi Tahun 2024 di Dewan SUKBOM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Sembilan.

Kursus ini dibimbing oleh YBhg. Dato’ Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad, Felo Perunding Universiti Putra Malaysia dan YBrs. PgKB I Encik Norizan Saad, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang bermula pada 24 Jun 2024 hingga 26 Jun 2024.

Kebanyakan peserta kursus yang terlibat terdiri daripada pegawai perhubungan awam yang terlibat secara khusus dalam menyediakan teks ucapan dan mereka diberi pendedahan dan pengetahuan tentang struktur dan format penulisan teks ucapan.

Selain itu, kursus ini juga diadakan untuk meningkatkan kemahiran penulisan pegawai bomba dan juga untuk memastikan bahawa setiap pegawai bomba mampu menghasilkan teks ucapan yang baik dan menarik.

Sesi praktikal dilakukan bagi memastikan setiap peserta memahami apa-apa yang dipelajari.

Antara pengisian kursus ini termasuklah format ucapan, prinsip ucapan, pengelasan ucapan, teknik retorik, sistem panggilan hormat dalam ucapan rasmi dan beberapa prinsip dalam penulisan teks ucapan.

Peserta kursus juga dapat mempelajari cara yang betul untuk menulis teks ucapan bermula dari mencari idea, mengembangkan idea, mencari fakta yang tepat dan mengolah ayat untuk menepati kehendak ucapan dalam sesebuah majlis.

Selain pengajaran dan pembelajaran secara teori, bengkel ini turut melibatkan sesi praktikal yang memerlukan setiap peserta kursus menyiapkan teks ucapan bermula dari mencari idea sehinggalah teks ucapan itu dipersembahkan kepada umum.

YBhg. Dato’ Dr Abdul Mua’ti menyemak teks ucapan yang disediakan peserta sewaktu sesi praktikal.

 

 

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.