28 Julai 2024, 11:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Gombak – Pertandingan Sahibba Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah ABIM Peringkat Kebangsaan Kali ke-23 (MISSAK XXIII) 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Wadi Budi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, semalam.

Pertandingan Sahibba ini merupakan kerjasama antara Sekolah Rendah Islam Al Huda Gombak, dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bertujuan untuk memupuk minat dan meningkatkan kosa kata bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.

Pertandingan ini melibatkan penyertaan 19 buah sekolah yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas.

Pengarah Latihan dan Modal Insan Yayasan Takmir Pendidikan, Puan Hajah Nur Jannah Keman (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang sambil diiringi oleh Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, DBP, Puan Huznah  Sa’it (pertama dari kiri).

Para peserta mempamerkan strategi permainan yang hebat dengan membentuk pelbagai kosa kata dalam bahasa Melayu bagi mendapatkan markah yang tinggi untuk merebut gelaran juara.

Bagi kategori sekolah rendah untuk kategori pelajar lelaki, juara telah disandang oleh Sekolah Rendah Islam Al Huda, Gombak manakala bagi kategori pelajar perempuan pula telah dimenangi oleh Sekolah Rendah Islam Al-Ummah, Chemor.

Bagi kategori sekolah menengah bawah untuk kategori pelajar lelaki telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Islam Ad Diniah, Pulau Pinang manakala bagi kategori pelajar perempuan pula dimenangi oleh Sekolah Menengah Islam Johor Bahru.

Sementara itu, kategori sekolah menengah atas bagi kategori pelajar lelaki telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Islam Johor Bahru manakala kategori pelajar perempuan pula telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Islam Sungai Ramal.

Urus setia pertandingan dari CELPAD UIAM, DBP dan Sekolah Rendah Islam Al Huda.

Pertandingan Sahibba ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah oleh Puan Hajah Nur Jannah Keman, Pengarah Latihan dan Modal Insan, Yayasan Takmir Pendidikan dan diiringi oleh Puan Huznah  Sa’it, Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, DBP.

Juara bagi setiap kategori menerima hadiah wang tunai sebanyak RM100, pingat, buku terbitan DBP dan sijil penghargaan.

Pertandingan ini wajar diteruskan dan diperluaskan lagi pada masa akan datang untuk memartabatkan bahasa Melayu pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.