Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Bengkel Penulisan Laporan anjuran Unit Komunikasi Korporat (UKK), Kementerian Kerja Raya (KKR) yang bertujuan untuk menghasilkan buku laporan dan pencapaian KKR sepanjang tahun 2021 hingga tahun 2024 yang berkualiti wajar dipuji.
Bengkel yang berlangsung selama dua hari, iaitu pada 5 September 2024 hingga 6 September 2024 dikendalikan oleh konsultan atau pakar bahasa Melayu dari Jabatan Bahasa Melayu, Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, iaitu YBrs. Dr. Mohamad Suhaizi Suhaimi, YBrs. Dr. Aminnudin Saimon dan YBrs. Dr. Azean Idruwani.
Menurut Pegawai Komunikasi Korporat, UKK, KKR, Puan Amani, pelantikan tiga orang konsultan dalam kalangan pensyarah itu adalah untuk memantapkan laporan yang dihasilkan dari sudut penulisan agar masyarakat, terutamanya orang awam dapat memahami skop tugas dan pencapaian KKR.
Bengkel tersebut juga disambut baik oleh Timbalan Ketua Setiausaha KKR, iaitu Encik Sakeri Abdul Kadir dan beliau juga bersetuju untuk meneruskan kerjasama ini, terutamanya dalam kalangan kementerian.
Ujar beliau,
Masyarakat perlu mengetahui hasil dan pencapaian KKR agar kementerian ini dapat terus relevan untuk menjaga keselamatan, keselesaan dan keharmonian masyarakat di negara ini.
Turut hadir ialah kakitangan KKR dari pelbagai agensi seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan sebagainya.