Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Ikhtisas Kepimpinan Kamarazaman (IKK) dan Asia Lecturers Teachers Community (ALTC), Kursi Pengajian Melayu dan Peradaban Thai Global Business Administration Technological College (TGBC) Thailand, Rajamangala University of Technology (RMUTT) Thailand dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri Ke-9 menganjurkan Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu (ASPIRASI BAHASA) 2024 dengan matlamat untuk memartabatkan bahasa Melayu (BM) dalam negara dan penggunaannya di peringkat ASEAN dan antarabangsa bertempat di Hotel IDEAS, Kuala Lumpur.
Simposium ini melibatkan satu ucap utama, dua sidang pembentangan, tiga sidang pleno dan satu sesi forum. Penyediaan resolusi turut membabitkan pembentangan kertas kerja oleh tokoh dari Malaysia, negara ASEAN dan antarabangsa.
Tiga faktor yang dikenal pasti menjadi punca pengaruh penggunaan BM merosot sedikit demi sedikit selepas Melaka mulai dijajah pada tahun 1511 sehingga hari ini adalah seperti yang berikut:
Memandangkan Malaysia merupakan pusat persuratan Melayu sedunia, maka Malaysia layak untuk memimpin penduduk ASEAN yang terdiri daripada 270 juta orang.
Dr. Kang Myoung Sook yang merupakan pensyarah bahasa Korea UTM, menyarankan,
Untuk menguasai BM dengan fasih dan petah, penutur perlu bertutur dalam BM setiap hari dan berada di lokasi penutur natif bahasa tersebut.
Sebelum majlis berakhir, Dr. Kamarazaman Yacob FCILT selaku pengerusi IKK menggulung resolusi yang berjaya dicapai, iaitu:
Semua sektor kerajaan perlu memperkasakan BM dalam urusan rasmi dan tidak rasmi, sokongan dana diperlukan untuk program anjuran badan bukan kerajaan, mewajibkan BM di seluruh pusat pendidikan bagi mengatasi kelemahan khususnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Di samping itu, agensi penyiaran di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia perlu menggunakan BM yang tepat dalam semua program. Kesemua ini boleh dicapai dengan pembentukan satu badan penyelaras serta didokong pelaksanaannya.