Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangIpoh – Pengacara dan personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya menerima pengiktirafan sebagai Ikon Bahasa pada Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 Peringkat Kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Pusat Konvensyen Ipoh pada 6 Oktober yang lalu.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sekali gus merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan 2024.
Ikon Bahasa merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada individu pelbagai bidang yang sentiasa bersemangat, dan mempunyai kecintaan yang tinggi. dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu.
Fedtri Yahya, 43 tahun, terkenal dengan lantunan kata-kata puitisnya dan beliau tidak serik menggunakan bahasa yang indah walaupun ketika berbual bersama-sama kawan-kawannya di kedai makan.
Minat beliau yang mendalam terhadap bahasa Melayu bertitik tolak daripada pembudayaan menelaah kamus seawal usianya enam tahun lagi.
Kini, tempat Fedtri Yahya berkarya (melalui pelbagai ruang) adalah di Media Prima, khususnya Sri Pentas. Di situlah tempatnya mencari ilham dan menterjemahkan sanubari.
Turut hadir, YBhg. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; dan Ketua Pengarah DBP, YBrs. Dr. Hazami Jahari.