Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 14 Januari 2025, 13:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – “Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan badan yang berautoriti di Pusat Rujukan Pengukuran Bahasa Melayu Standard untuk mengembangkan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa selaras dengan perancangan Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu.”

Demikian kenyataan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, YBrs. Dr. Mazlan Ismail dalam sesi wacana ilmu tentang Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM ) di Balai Budaya Tun Syed Nasir, semalam.

Menurut beliau, DBP memainkan peranan yang penting untuk dijadikan perujuk KSBM yang menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul dan tepat khusus bagi golongan berpendidikan.

Kata beliau,

Tahap pengukuran bahasa Melayu secara amnya, perlulah merujuk KSBM untuk mengetahui tahap penguasaan terhadap pelajar dan golongan pendidik.

Tambah beliau lagi, KBSM juga merupakan komponen penting dalam akademik yang perlu dikuasai dari sudut sistem bahasa, pembinaan instrumen penilaian dan penyediaan bahan pembelajaran dalam bahasa Melayu.

Tahap penguasaan  bahasa Melayu dapat  diukur melalui Kerangka Standard bahasa Melayu menerusi piawaian setiap tahap kemahiran bahasa yang dimiliki oleh seseorang. jelas beliau lagi

Beliau juga menyatakan sasaran khalayak KSBM ini sesuai  digunakan kepada institusi pembelajaran yang menyediakan  kandungan kurikulum,penyediaan instrumen penilaian bahasa dan penyediaan bahan/modul serta  golongan pendidik.

Beliau turut memberikan harapan yang tinggi terhadap DBP untuk sentiasa menjana idea yang holistik dan baharu berdasarkan bahan yang cekap, tinggi dan kompleks dengan tahap penggunaan bahasa Melayu yang cekap dan tinggi bagi pegawai dan karyawan DBP.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi