Diterbitkan pada 7 Ogos 2025, 11:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Perlis – Dalam usaha menyemai rasa cinta terhadap tulisan Jawi dalam kalangan semua lapisan masyarakat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara dan Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan program Jom Mahir Jawi yang berlangsung dengan jayanya di Ruang LCE, Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan, semalam.

Menurut Rektor UiTM Cawangan Arau, Profesor Madya Dr. Ahmad Nizan Mat Noor dalam ucapan perasmiannya, tulisan Jawi berperanan penting sebagai warisan budaya yang perlu dipelihara dan dipertahankan.

Beliau turut menegaskan bahawa pihak UiTM mahu menjadi sumber rujukan utama dalam usaha memartabatkan tulisan Jawi bagi semua bangsa dengan UiTM Shah Alam sebagai contoh teladan dalam pelaksanaan program serupa.

Rektor UiTM Cawangan Arau, Profesor Madya Dr. Ahmad Nizan ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Menurut Timbalan Ketua Pustakawan UiTM Cawangan Perlis, Encik Mohd Fahizan Hamid,

Hal ini merupakan satu langkah penting dalam memelihara dan memperkenalkan tulisan Jawi kepada generasi muda supaya tulisan ini tidak dilupakan oleh masyarakat.

Sementara itu, Pengarah DBP Wilayah Utara, Encik Sharrul Rizal Hashim berpendapat bahawa semua pihak seharusnya memberikan penekanan terhadap kepentingan bahasa dan tulisan Jawi dalam memperkukuh identiti bangsa dan agama.

Program Jom Mahir Jawi ini merupakan usaha berterusan UiTM demi memastikan tulisan Jawi terus hidup dalam masyarakat dan bukan sekadar menjadi warisan yang dilupakan. Program ini juga memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari, menguasai dan memahami tulisan Jawi dengan lebih mendalam melalui pelbagai aktiviti menarik dan interaktif yang disediakan sepanjang program.

Kredit Foto: Urus Setia UiTM Cawangan Perlis
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi