Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur– Bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan, Melawati Mall dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan menganjurkan Pertandingan Bercerita bertemakan “Generasi Elit, Jiwa Patriotik” khas untuk kanak-kanak berumur 10 tahun hingga 12 tahun, bermula pada 30 Ogos 2025 dan tarikh tutup penyertaan pada 27 Ogos 2025.
Hanya 20 orang peserta sahaja, iaitu kanak-kanak yang gemar berkongsi cerita akan dipilih menyertai pertandingan yang cukup eksklusif dan berprestij pada kali ini.
Pertandingan ini bukan sahaja dapat melatih kanak-kanak agar berani untuk tampil di hadapan khalayak, bahkan mampu memupuk semangat cinta akan negara bermula sejak usia muda lagi.
Para peserta berpeluang memenangi hadiah yang menarik berserta e-sijil penyertaan yang boleh dijadikan rekod pencapaian peribadi sebagai galakkan agar lebih ramai anak-anak terlibat dengan aktif dalam program berbentuk kebudayaan dan patriotisme.
Untuk menyertai pertandingan ini, para ibu bapa atau penjaga boleh mengimbas kod QR yang disediakan pada poster rasmi pertandingan, atau menekan pautan seperti yang berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc9wp8taJaCk7p8x7lZWNrvJQlBoWlOICTo21LNQpYrYfoseg/viewform.
Penyertaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Dengan penyertaan yang terhad, pertandingan ini dijangka akan mendapat sambutan hangat, khususnya dalam kalangan keluarga yang mahu anak-anak mereka lebih berkeyakinan dan mencintai tanah air.