Diterbitkan pada 3 Oktober 2025, 01:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Sungai Petani – “Melalui penganjuran ini, kita dapat menzahirkan rasa bangga terhadap bahasa kebangsaan dan memperkukuh keyakinan bahawa bahasa Melayu tetap utuh sebagai wahana perpaduan bangsa,” ujar Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim, YBrs. Dr. Aris Fazil bin Haji Ujang.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penutupan Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan 2025 Peringkat Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Abdul Halim, semalam.

YBrs. Dr. Aris Fazil ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan 2025 Peringkat IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Program anjuran Jabatan Pengajian Melayu dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) itu diadakan sebagai usaha memperkukuh penghayatan terhadap bahasa kebangsaan selain menggalakkan warga IPG untuk menzahirkan bakat, kreativiti dan semangat cinta bahasa dalam kalangan generasi pendidik.

Pelbagai pertandingan kebahasaan diadakan bagi memeriahkan sambutan, termasuk Pertandingan Membaca Teks Jawi Moden di Sanggar Bitara Bahasa, Pertandingan Membaca Teks Jawi Klasik di Bilik Al-Biruni, Pertandingan Resensi Buku di Perpustakaan Sultanah Haminah serta Pertandingan Debat Ala Parlimen (peringkat akhir) di Dewan Munsyi.

Antara peserta bagi Pertandingan B ataca Jawi Kategori Bukan Melayu.

Sementara itu, Dr. Aris Fazil turut menegaskan bahawa penganjuran sambutan ini bukan sahaja dapat mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, malah mengukuhkan peranannya sebagai medium penyatuan masyarakat.

Tambah beliau,

Saya juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada DBPWU atas kerjasama sepanjang penganjuran program Dekad Bahasa Kebangsaan ini.

Dengan bertemakan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa, Bahasa Melayu Bahasa Pemersatu”, sambutan kali ini menjadi landasan penting bagi memperkasakan usaha pengembangan bahasa kebangsaan, selari dengan aspirasi nasional dalam membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi