Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – “Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan badan yang berautoriti di Pusat Rujukan Pengukuran Bahasa Melayu Standard untuk mengembangkan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa selaras dengan perancangan Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu.”
Demikian kenyataan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, YBrs. Dr. Mazlan Ismail dalam sesi wacana ilmu tentang Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM ) di Balai Budaya Tun Syed Nasir, semalam.
Menurut beliau, DBP memainkan peranan yang penting untuk dijadikan perujuk KSBM yang menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul dan tepat khusus bagi golongan berpendidikan.
Kata beliau,
Tahap pengukuran bahasa Melayu secara amnya, perlulah merujuk KSBM untuk mengetahui tahap penguasaan terhadap pelajar dan golongan pendidik.
Tambah beliau lagi, KBSM juga merupakan komponen penting dalam akademik yang perlu dikuasai dari sudut sistem bahasa, pembinaan instrumen penilaian dan penyediaan bahan pembelajaran dalam bahasa Melayu.
Tahap penguasaan bahasa Melayu dapat diukur melalui Kerangka Standard bahasa Melayu menerusi piawaian setiap tahap kemahiran bahasa yang dimiliki oleh seseorang. jelas beliau lagi
Beliau juga menyatakan sasaran khalayak KSBM ini sesuai digunakan kepada institusi pembelajaran yang menyediakan kandungan kurikulum,penyediaan instrumen penilaian bahasa dan penyediaan bahan/modul serta golongan pendidik.
Beliau turut memberikan harapan yang tinggi terhadap DBP untuk sentiasa menjana idea yang holistik dan baharu berdasarkan bahan yang cekap, tinggi dan kompleks dengan tahap penggunaan bahasa Melayu yang cekap dan tinggi bagi pegawai dan karyawan DBP.