Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – “Siri buku Cakaplah Sayang dan buku Panduan dan Terapi Pelat ditulis oleh pakar terapi pertuturan. Siri buku ini ditulis menggunakan bahasa yang mudah bagi membantu menambahkan kosa kata kanak-kanak serta meningkatkan daya membina ayat untuk sintaksis.”
Demikian menurut Yang Berusaha (YBrs.) Dr. Noormala binti Anuar Ali yang merupakan Pakar Terapi Pertuturan, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dalam slot Bicara Buku Cakaplah Sayang sempena Majlis Pelancaran Buku Cakaplah Sayang yang dilancarkan pada pagi ini oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat (YB) Wong Kah Woh bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025.
Menurut beliau, antara keistimewaan buku ini termasuklah menggunakan tulisan dan gambar yang berwarna-warni bagi membantu literasi dan pembacaan kanak-kanak. Semua ibu bapa, guru, pengasuh, ahli terapi, doktor, pelajar dan masyarakat wajar memiliki buku ini.

Untuk rekod, siri buku Cakaplah Sayang dan buku Panduan dan Terapi Pelat telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat (YB) Wong Kah Woh bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).