Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarang“Pemenangnya ialah Zarul daripada Sekolah XXX!”
“Eh, sekejap! Dari atau daripada?” detik hati pengacara majlis.
Persoalan dari atau daripada sering menjadi tanda tanya dalam kalangan pengacara majlis, terutamanya ketika mengumumkan nama pemenang atau memperkenalkan tetamu kehormat dalam sesuatu. Kesilapan kecil terhadap pemilihan kata sendi nama berupaya memberikan kesan besar terhadap khalayak penonton atau pendengar. Hal ini dikatakan demikian kerana pengacara majlis merupakan cerminan pengguna bahasa yang bijak memilih kata yang tepat sesuai dengan konsep majlis sama ada majlis rasmi atau sebaliknya.
Kamus Dewan Perdana (2020) mendefinisikan kata sendi nama dari dengan beberapa maksud, iaitu;
Manakala kata sendi nama daripada didefinisikan sebagai;
Di samping itu, menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), kata sendi nama dari dan daripada ialah dua kata sendi yang mempunyai fungsi yang berbeza dan perbezaannya dijelaskan secara khusus dalam bab yang membincangkan tentang peraturan penggunaan kata sendi nama.
Kata sendi nama dari lebih cenderung terhadap hal yang berbentuk konkrit, terutamanya yang berkaitan dengan tempat, arah, masa dan jarak.
Sebagai contoh seperti ayat yang berikut:
Ayat di atas menunjukkan contoh penggunaan kata sendi nama dari yang menunjukkan arah dan tempoh masa.
Kesalahan yang sering berlaku ialah penggunaan kata sendi nama daripada dalam konteks yang sepatutnya menggunakan kata sendi nama dari contohnya:
“Ali datang daripada Johor” yang sebenarnya tidak tepat.
Sebaliknya, kata sendi nama daripada digunakan apabila melibatkan manusia, punca, atau sumber yang bersifat abstrak seperti contoh yang berikut:
Jelaskan bahawa kata sendi nama daripada menunjukkan perkaitannya dengan manusia atau asal usul sesuatu bahan. Kesalahan biasa yang dilakukan olen pengguna bahasa adalah dengan menggantikan kata sendi nama daripada dengan kata sendi nama dari dalam ayat seperti yang berikut;
Untuk memahami fungsi kata sendi nama dari dan daripada, pelbagai contoh diberikan dalam buku Tatabahasa Dewan dan laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM).
Yang berikut merupakan huraian mengikut fungsi dan contoh berdasarkan sumber rujukan tersebut.
| Fungsi | Dari | Daripada |
| Tempat / Arah | Ali menurunkan almari dari lori. | Tidak sesuai jika menggunakan daripada kerana ia merujuk sumber, bukan lokasi. |
| Masa / Waktu | Ziham mengulang kaji pelajaran dari pukul 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang. | Daripada tidak sesuai untuk masa kecuali perbandingan. |
| Punca / Sumber / Asal Kejadian | Kurang sesuai. | Meja itu diperbuat daripada kayu.
Surat itu datang daripada guru besar. |
| Manusia / Institusi | Kurang tepat: Pemenangnya ialah Zarul dari Sekolah XXX. | Tepat: Pemenangnya ialah Zarul daripada Sekolah XXX. |
Bagi memudahkan pemahaman, rumus atau formula yang membezakan fungsi kedua-dua kata sendi nama seperti yang berikut boleh digunakan.
ATM untuk dari:
A = Arah
T = Tempat
M = Masa atau Waktu
KABOS untuk daripada:
K = keanggotaan, manusia atau institusi
A = Asal atau asal kejadian
B = Bahan atau benda fizikal
O = Organisasi atau orang
S = Sumber atau perbandingan
Langkah mudah:
→ Jika ya, gunakan dari.
→ kuah jgn gunakan daripada
Kesalahan umum oleh pengacara majlis
Sebagai pengacara majlis, keperluan menyampaikan dengan lancar dan tepat di khalayak ramai, kesalahan yang sering berlaku ialah:
Penguasaan perbezaan dari dan daripada amat penting dalam bidang pendidikan, pentadbiran, dan media. Selain itu, kesalahan yang berterusan boleh mengelirukan makna, melemahkan kewibawaan penulis dan menjejaskan mutu bahasa.
Peribahasa Melayu ada menyebut, “bahasa menunjukkan bangsa”, maka itu ketelitian dalam aspek kecil seperti ini mencerminkan tahap kecintaan masyarakat terhadap bahasa ibunda.
Akhirnya, penggunaan dari dan daripada tidak boleh dipandang remeh kerana kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza.
Dari digunakan untuk arah, tempat, masa, dan jarak. Manakala daripada digunakan untuk manusia, punca, asal kejadian, dan bahan.
Contoh ayat pembuka, “Pemenangnya ialah Zarul daripada Sekolah XXX”, ialah contoh penggunaan yang tepat kerana melibatkan hubungan manusia dengan institusi. Semua penutur bahasa Melayu perlu lebih berhati demi kelestarian bahasa yang indah dan berwibawa.