Oleh Rahimah Jais
9 Mei 2023, 20:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sabah – Program Ceramah Bersahabat dengan Kamus (BdK) Siri 1 telah berjaya dilaksanakan bersempena dengan Bazar Ilmu DBP di SK Pekan Telupid. Ceramah tersebut disampaikan oleh Puan Julianah Kuli, dari Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

Siri ceramah Bdk ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada 57 orang pelajar Tingkatan 3 hingga Tingkatan 6 yang terdiri daripada pelajar SMK Telupid, SMK Entilibon dan SMK Penangah, serta enam orang guru pengiring.

Program tersebut diadakan sebagai nilai tambah kepada para pelajar dalam meningkatkan ilmu tentang perkamusan dan kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat khususnya bagi pencinta bahasa Melayu

Antara objektif lain program ini termasuklah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang fungsi kamus, cara menggunakan kamus dengan betul dan memberikan maklumat bahawa DBP menerbitkan pelbagai kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, kamus istilah dan kamus bahasa sukuan, sekali gus membantu meningkatkan jualan kamus dan buku terbitan DBP.

Sesi ceramah Bersahabat dengan Kamus disampaikan oleh Puan Julianah Kuli.
Antara aktiviti carian pantas dalam program Bersahabat dengan Kamus.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.