Oleh Rahimah Jais
5 Oktober 2023, 18:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kundasang – Biarpun bahasa kebangsaan diutamakan di sekolah, tetapi para pelajar digalakkan untuk menuturkan bahasa ibunda di rumah agar tidak pupus dan terus hidup.  Demikian antara harapan dan pesanan YBrs. Puan Aminah Awang Basar, Pengarah DBPCS dalam ucapannya semalam di SK Kundasang. 

Dalam majlis itu juga, penyerahan Wakaf Buku DBP, iaitu Kamus Bergambar Bahasa Kadazandusun–Bahasa Melayu (Edisi Murid Tahap 1) turut disampaikan  kepada semua peserta dari SK Kundasang, SK Mesilou dan SK Bundu Tuhan. Wakaf buku ini merupakan sumbangan daripada YB Datuk Jonathan Yasin, Ahli Parlimen P179 Ranau.

Bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Negara dan Bulan Bahasa Kebangsaan tersebut, ceramah Bersahabat dengan Kamus (BdK) Siri 8 juga berjaya dilaksanakan menerusi Festival Seni dan Alam (FESA) yang diadakan. 

Siri ceramah BdK ini disertai oleh 50 pelajar dari SK Kundasang, SK Mesilou dan SK Bundu Tuhan, serta tujuh orang guru pengiring. Yang turut hadir menjayakan program tersebut ialah YBrs. Encik Ramlen Nordin, Yang DiPertua PIBG, SK Kundasang.

Ceramah BdK yang disampaikan oleh Puan Julianah Kuli, dari Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS) berfokus pada cara pembinaan Kamus Bergambar Bahasa Kadazandusun–Bahasa Melayu (Edisi Pelajar Tahap 1) dan turut berkongsi tentang maklumat serta keistimewaan Kamus Dewan Perdana.

Wakil pihak sekolah, iaitu Penolong Kanan Satu, Encik Jamili Napi dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran pihak DBP, serta menyatakan penghargaannya kepada DBP atas program yang julung-julung kalinya diadakan di SK Kundasang.

Beliau juga berharap agar DBP dapat meneruskan program ini pada masa akan datang dan memperbanyak program yang berkaitan dengan galakan membaca dalam kalangan pelajar.

Penyerahan wakaf buku DBP, iaitu Kamus Bergambar Bahasa Kadazandusun–Bahasa Melayu kepada para pelajar.
YBrs. Puan Aminah Awang Basar, Pengarah DBPCS menyampaikan Kamus Bergambar Bahasa Kadazandusun–Bahasa Melayu kepada pelajar SK Kundasang.
SK Bundu Tuhan, Ranau menerima Kamus Bergambar Bahasa Kadazandusun–Bahasa Melayu daripada YBrs. Puan Aminah Awang Basar, Pengarah DBPCS.
YBrs. Puan Aminah Awang Basar, Pengarah DBPCS menyampaikan Kamus Bergambar Bahasa Kadazandusun–Bahasa Melayu kepada pelajar SK Mesilou, Ranau.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.