12 Disember 2023, 16:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Lenga, Johor – Masyarakat Orang Asli (OA) Jakun secara umumnya hidup dalam masyarakat yang terasing dan kurang mendapat pendidikan yang sempurna. Hal ini disebabkan oleh kedudukan geografinya yang terletak jauh di pedalaman telah mengukuhkan pemikiran kebanyakan masyarakat orang asli bahawa tiada faedah untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Hal ini seterusnya membawa kepada peningkatan keciciran pelajar dalam kalangan OA, terutamanya dalam penguasaan kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira, khususnya pelajar dalam aliran pendidikan khas.

Rentetan itu, 21 orang mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa, Kampus Pagoh bersama dengan Dr. Azean Idruwani Idrus, selaku pensyarah subjek Usrah In Action terlibat dalam usaha sama menghasilkan pendigitalan pendidikan bagi pelajar OA di Sekolah Kebangsaan Kampong Bahru, Lenga, Johor.

Menurut guru Pendidikan Khas, iaitu Cikgu Halim, terdapat beberapa orang pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran di sekolah tersebut yang dibahagikan mengikut tahap pembelajaran, iaitu tahap tinggi, sederhana dan rendah.

Sehubungan dengan itu, usaha dalam menghasilkan pendigitalan pendidikan sebagai alat bantu mengajar (ABM) yang merangkumi kemahiran membaca dan menulis ini diharapkan mampu meningkatkan minat para pelajar khususnya pelajar OA aliran Pendidikan Khas agar tidak tercicir daripada arus pemodenan negara.

Perbincangan mahasiswa bersama-sama Guru Besar dan Guru Pendidikan Khas, SK Kampong Bahru.
Penerangan lanjut oleh Cikgu Halim berkaitan dengan keperluan pendigitalan bagi pelajar aliran Pendidikan Khas.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.