Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangSecara umumnya, imbuhan yang dibincangkan orang tidak meliputi beberapa imbuhan yang sedia ada dalam bahasa Melayu tetapi telah dipinggirkan. Antara imbuhan tersebut termasuklah apitan meN-…-kan dan meN-…-i, awalan terpeR-, apitan se-…-kan dan se-…-an. Sila lihat contoh yang berikut:
1a. Itulah penyelesaian yang terakalkan olehnya.
1b. Keputusannya tidak terbantahkan oleh pengikutnya.
1c. Penderitaan mangsa perang itu tidak terbayangkan olehnya.
1d. Air dan minyak tidak tercampurkan olehnya.
1e. Tidak tercapaikan olehnya buah di pokok itu.
1f. Dia tidak terderitakan kemiskinan hidup.
1g. Kenikmatan ilmu tidak terdetikkan oleh mereka yang buta huruf.
1h. Kemalangan itu tidak terelakkan olehnya.
1i. Dia tergila-gilakan gadis jelita itu.
1j. Perbuatannya tidak terhindarkan pertanyaan dan persoalan.
1k. Dia teringatkan neneknya di kampung.
1l. Mesej itu terisyaratkan olehnya kepada kawannya.
1m. Wang yang banyak itu tidak terjumlahkan olehnya.
1n. Lawan yang kuat tidak terkalahkan olehnya.
1o. Perahu itu tidak terkayuhkan olehnya untuk menyongsong arus sungai.
1p. Syarikat yang besar itu tidak terkendalikan olehnya.
1q. Tugas yang berat itu tidak terkerjakan olehnya.
1r. Dia tidak terkhayalkan keadaan di kampung lamanya.
1s. Wang pelaburan yang banyak tidak terkumpulkan olehnya.
1t. Keamanan tidak termimpikan oleh mangsa perang itu.
1u. Kapal yang besar tidak termudikkan sungai yang kecil itu.
1v. Dia ternampakkan gurunya di pasar.
1w. Dia terkejut besar apabila terpandangkan guru disiplin di situ.
1x. Dia terasakan perasaan rindu di perantauan.
1y. Dia gembira kerana tersaukkan ikan di tepi laut.
1z. Kecantikannya tidak terumpamakan dengan gadis lain
2a. Kehandalan atlet itu tidak terkembari oleh atlet lain.
2b. Jiwanya tidak terkotori oleh niat jahat.
2c. Hawa nafsunya tidak terkuasai olehnya.
2d. Zaman muda yang terlampauinya memberinya pengalaman yang bernilai.
2e. Pembesar yang termurkai dikenakan hukuman.
2f. Kewajipan yang berat itu terpenuhi olehnya.
Satu awalan yang sering diabaikan orang ialah awalan terpeR-. Awalan ini terdapat pada kata terbitan terperdaya yang sering disalah eja sebagai *terpedaya.
3a. Dia terperdaya oleh kawannya yang tidak jujur.
Apitan lain yang sering terpinggir ialah apitan se-…-kan dan se-…-i. Sila lihat contoh yang berikut:
4a. Dia berlari sehinggakan tercungap-cungap.
4b. Dia membaca buku sekadarkan untuk mengisi masa lapang.
5a. Dia sibuk bekerja sepagian itu.
5b. Dia berkebun sepetang-petangan.
5c. Baju itu dijemur sehari-harian.
5d. Dia tidak tidur semalam-malaman.
5e. Dia bercuti seminggu-mingguan.
5f. Bantuan itu sekadar-kadaran sahaja.